Oleh pada 09 Aug 2019 kategori

dato seri vida aishah

Kredit foto: Instagram @mr.firmansiagian & Instagram @datoserivida

    

Penyanyi Indonesia, Firman Siagan mengesahkan hadiah berlian diterimanya daripada usahawan kosmetik Datuk Seri Hasmiza Othman atau Vida adalah asli.

Firman akui berpuas hati meskipun hadiah Gegar Vaganza musim keempat (GV4) berupa set subang itu cuma bernilai RM10,000 berbanding RM30,000 yang dinyatakan Vida.

Pengesahan ketulenan itu dibuat menerusi pemeriksaan di sebuah kedai barangan kemas di Kuala Lumpur yang turut disaksikan secara eksklusif oleh wartawan Mstar, Farhan Ikram, semalam.

"Pada mulanya isteri saya yang memakai subang itu ditegur oleh seorang individu yang mendakwa ia kelihatan palsu, saya tidak ambil pusing kerana saya percaya ia hadiah daripada sebuah program yang dianjurkan oleh Astro.

"Tapi selepas Aishah yang juga juara program tersebut membangkitkan hal ini saya rasa ingin tahu dan bimbang tentang ketulenannya.

"Kemudian saya membawa subang ini ke kedai emas di Bandung, Indonesia, namun mereka pula minta kemukakan sijil aslinya terlebih dahulu," kata Firman kepada portal Mstar.

Terdahulu, bekas peserta GV4 itu menzahirkan keraguan terhadap ketulenan berlian daripada penaja program realiti terbabit, susulan pendedahan dibuat juara GV4, Aishah berkenaan hadiah rantai RM80,000 diterimanya adalah palsu.

Dalam pada itu, penyanyi Kehilangan ini mempelawa rakan peserta lain untuk tampil membuat pemeriksaan agar dapat membersihkan reputasi Vida yang tercalar.

     

datuk vida berlian

Kredit foto: Instagram @mr.firmansiagian

    

“Saya harap rakan-rakan penyanyi yang menerima barangan kemas sebagai hadiah dalam program GV4 turut membuat pemeriksaan seperti mana yang saya lakukan hari ini bagi membersihkan tanggapan negatif masyarakat terhadap Vida.

“Saya juga tidak terlalu kisah tentang nilai subang berlian tersebut yang dikatakan cuma bernilai RM10,000 berbanding RM30,000 yang dinyatakan Vida, mengetahuinya sebagai barangan asli sudah cukup membuat saya berasa lega,” katanya lagi.

    

Sumber berita: Mstar

    



Hakcipta iluminasi.com (2017)