Oleh pada 28 Mar 2019 kategori

Kredit foto: Instagram Atikah Suhaime & Instagram Awi Rafael

Penyanyi Awi Rafael memohon agar netizen berfikiran positif serta berhenti mengecam bekas tunangnya, Atikah Suhaime.

Awi menyifatkan pelakon kelahiran Singapura itu sebagai seorang wanita yang hebat

"Semua kekal positif untuk Atikah ya. Dia seorang yang hebat".

selepas dua minggu putus tunang awi rafael buka mulut isu imej seksi atikah suhaime 2

Kredit foto: Instagram Atikah Suhaime

Penyanyi Bila Aku Jatuh Cinta itu mengulas isu foto seksi Atikah di ruangan komen Instagram pelakon wanita berkenaan.

Terdahulu, nama Atikah kembali 'panas' kerana sering memuat naik beberapa gambarnya yang berpakaian mencolok mata selepas pembatalan perkahwinan dengan Awi baru-baru ini.

Malah segelintir netizen mengandaikan perlakuan wanita itu menjadi punca kepada kemelut perpisahan mereka.

Dalam pada itu, Awi merakamkan ucapan selamat bercuti kepada beliau, selain memohon agar netizen mendoakan yang terbaik buatnya.

"Doakan yang baik-baik. Selamat bercuti dan bekerja, Atikah," katanya.

Difahamkan, pasangan itu masih mengekalkan hubungan baik meskipun sudah membawa haluan sendiri.

Mereka sepatutnya melangsungkan perkahwinan pada 17 Mac lalu di Singapura, namun ia dibatalkan saat-saat akhir.

Majlis pernikahan pula dirancang diadakan dua hari sebelumnya bersempena dengan ulang tahun kelahiran Atikah yang ke-28.

Pasangan itu terlebih dahulu mengikat tali pertunangan pada 17 Mac 2018 di kediaman aktres itu di Singapura.

Awi sebelum ini mendedahkan dirinya menarik diri daripada perkahwinan berkenaan meskipun dinafikan bapa Atikah, Suhaime Jamali yang menegaskan dialah yang bertanggungjawab membatalkan majlis atas kepentingan anak perempuannya.

"Saya bapa Atikah nak perbetulkan majlis (kahwin) bukan Awi batalkan tapi saya yang batalkan.

"(Sebenarnya) Awi dan keluarganya tak dapat terima bila saya batalkan majlis, saya buat apa yang sepatutnya saya lakukan ia demi kebaikan masa depan anak saya," kata Suhaime kepada Mstar.




Hakcipta iluminasi.com (2017)