Oleh pada 24 Mar 2017 kategori

Pernah tak anda terfikir, macam mana orang dulu-dulu simpan makanan, bahan-bahan memasak dan ais sebelum peti sejuk dicipta?

1. Jian

peti ais gangsa china

Teknologi ini digunapakai seawal kurun 300 sebelum masihi lagi ketika Zaman-zaman Negeri Berperang (Warring States Period). Dipercayai sebagai rekaan penyejuk pertama di dunia, peti unik yang dipanggil "tong bing jian" (peti ais gangsa) ini ditemui oleh ahli arkeologi pada tahun 1978 di China. 

2. Yakhchal

Anda mesti tak percaya negara padang pasir pun boleh ada sistem penyejuk yang kreatif dan canggih.

yakhchal

Pada tahun 500 sebelum masihi, struktur kubah berlapis ini dibina menggunakan pasir, tanah liat, putih telur, bulu kambing dan abu di negara Iran. Struktur yang digelar yakhchal ini digunakan untuk menyimpan makanan, ais dan salji.

Dinding yang tebal ini mampu menjadi penebat haba yang baik dan menyimpan salji serta ais di dalamnya walaupun cuaca panas terik. Untuk mengetahui rahsia saintifik di sebalik kehebatan yakhchal, anda boleh baca di sini.

3. Rumah ais

potong blok ais frozen

Jika anda pernah menonton filem Frozen, anda pasti tertarik dengan intro filem ini di mana ramai lelaki gagah bekerjasama memotong dan mengangkut ais kan? Memang beginilah yang dilakukan oleh orang zaman dahulu sebelum adanya peti ais.

potong blok ais di amerika syarikat 587

Mereka akan memotong blok-blok ais dari sungai atau tasik yang beku. Kemudian blok ais ini akan dibawa menggunakan kuda menuju ke gudang yang dipanggil 'rumah ais' yang dibina menggunakan bahan-bahan penebat haba.

menuai ais dan simpan di dalam rumah ais sehingga musim panas

Blok-blok ais akan ditaburkan dengan serbuk kayu ke seluruh permukaan untuk mengelakkan daripada cair. Ais yang disimpan akan digunakan pada musim panas.

4. Refrigeratory

Peti sejuk yang digelar "refrigeratory" ini dicipta pada tahun 1803 oleh seorang petani di Maryland, Amerika Syarikat bernama Thomas Moore. Rekaan tong kayu yang dibalut menggunakan kulit arnab dan diisi dengan ais ini dan telah dipatenkan dan mendapat pengiktirafan oleh Presiden ketika itu, Thomas Jefferson. 

thomas moore

Moore mendapat idea apabila beliau memikirkan cara untuk mengekalkan kekerasan mentega yang ingin dijual di pasar. Dengan kos $4, Moore berjaya mereka satu 'peti ais'.

peti ais zaman awal sebelum elektrik

Selepas itu, lebih banyak 'ice box' direka menggunakan konsep yang seakan-akan sama. Kotak atau peti yang diisi dengan digunakan untuk menyimpan makanan agar ia tahan lebih lama. (Masa ni belum ada elektrik ya harap maklum)

5. Awet Makanan

menjemur ikan untuk membuatkan ia tahan lama 873

Bagi negara-negara yang tidak mempunyai empat musim atau ais, terutamanya Asia Tenggara, orang zaman dahulu akan menggunakan pelbagai kaedah untuk menyimpan makanan seperti menggunakan garam atau larutan garam, menjemur sehingga kering, menyalai, menapai, menjeruk atau tanam di dalam tanah.

salai daging old school

Selain itu, mereka akan memasak makanan dengan lama (seperti rendang dan serunding) sehingga makanan itu tidak mudah basi.

Sebab itulah banyak makanan dicipta seperti ikan kering, ikan masin, daging salai, sardin dalam tin, jeruk, tapai dan kimchi. Orang zaman dahulu sangat kreatif dan inovatif untuk menjalani kehidupan seharian.

Berbeza sungguh dengan majoriti orang zaman sekarang... Nak isi balik bekas ais pun kadang-kadang malas yang amat.


tags : , , , , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)