Oleh pada 27 Apr 2017 kategori

Kredit foto: freemalaysiatoday.com

“Saya mahu jadi huffaz (hafiz) dalam masa dua tahun. Saya pasti saya boleh. Kau boleh Thaqif” merupakan catatan Allahyarham Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi (11 tahun) yang ditulis dan dilekatkan dalam Al-Quran miliknya ketika mula masuk belajar di sebuah madrasah di Kota Tinggi, Johor awal tahun ini sebelum disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 2 petang semalam akibat jangkitan kuman.

Menurut Dazma Shah Daud selaku Exco Pemuda UMNO Malaysia, menerusi catatan yang ditemui bapanya, Mohd Gaddafi Mat Karim (43 tahun) itu juga terdapat panduan untuk menjadi seorang tahfiz.

Dengar cakap ibu bapa, jaga solat lima waktu dan menghafal surah yang senang dulu.


Selain itu Allahyarham mencatatkan satu hadith mengenai niat menuntut ilmu perlu semata-mata kerana mencari keredhaan Allah bukan maksud lain.

saya mahu jadi huffaz dalam masa dua tahun catatan sayu adik thaqif amin dalam al quran miliknya 1 208

Dazma turut memberitahu yang dia sempat melawat Allahyarham dan sebak sebaik melihat keadaannya yang cukup memilukan.

Saya hanya berdoa semoga Allahyarham segera sembuh. Apatah lagi ketika itu saya turut dimaklumkan pihak hospital akan memotong tangannya.


Namun Allah lebih sayangkannya. Semoga Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

Menurutnya lagi, hubungannya bersama Allahyarham cukup rapat sejak 20 tahun yang lepas.

Saya ada menasihatkan bapa Allahyarham supaya menyerahkan segala urusan terutama berhubung insiden yang menimpa anaknya kepada pihak berkuasa.

Untuk info, Allahyarham dimasukkan ke Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru seminggu lalu selepas didakwa disebat oleh pembantu warden asrama sekolah tahfiz dimana Allahyarham belajar.

Malah, kedua-dua belah kakinya juga terpaksa dipotong bagi mengelak jangkitan kuman pada bahagian lain tubuhnya.

Sumber: Harian Metro




Hakcipta iluminasi.com (2017)