Oleh pada 06 Oct 2017 kategori

Menjalani kehidupan berumah tangga merupakan penyatuan antara seorang lelaki dan seorang wanita yang bersetuju untuk hidup bersama.

Penyatuan pasangan itu tidak berakhir di situ saja kerana perkahwinan sebenarnya juga melibatkan penyatuan dua buah keluarga yang berlainan cara hidup mereka. Pernah dengar masalah isteri bergaduh dengan ibu mertua?

Saya adalah salah seorang mereka yang pernah menempuhi gelora perkahwinan yang mak mertua saya suka sangat masuk campur hidup kami, walaupun tak diminta oleh anak lelakinya yang sudahpun bergelar suami saya. Pada awalnya memang perit juga, rasa nak balik rumah duduk kampung. Tetapi lama kelamaan saya sedar dan belajar beberapa perkara;

1. Lawan mak mertua hanya akan menyebabkan suami kita berada dalam dilema

anak emak orang putih

Dalam drama kita selalu tengok suami diugut oleh isteri, sama ada nak pilih ibu atau isteri. Tak usahlah letak suami kita dalam keadaan itu puan-puan. Kesian dia. Kejam kita ni sebagai isteri bila kita letak dia dalam situasi seperti itu kerana dia takkan boleh buat keputusan.

2. Kena sedar kelemahan diri

anak mak

Sepanjang 2 tahun awal perkahwinan saya, saya akui banyak saya lemah. Memasak, mengemas rumah, bab basuh baju, semua tu saya akui saya kurang mahir walaupun selama ini saya biasa buat tetapi bila kita ada rumah yang kita uruskan sendiri, perkara ni jadi lebih besar. Kadang-kadang bila kena perli tu, mak mertua saya sebenarnya duk tunjuk kat saya apa yang dia tahu tentang anak lelaki dia, yang saya tak tahu. Belajar!

3. Ibu mertua kita ni sebenarnya bukan ada niat jahat

doraemon papa pun anak mak

Salah satu perkara yang ramai selalu salah faham tentang ibu mertua adalah kita ingatkan dia tak suka kita si isteri ni. Melainkan dia memang suruh anak dia ceraikan kita, selalunya ibu mertua ni agak sinis dengan menantu sebab dia lagi faham perangai anak dia dan itu sesuatu yang semua isteri tak boleh sangkal. Kita anggap saja dia nak membantu, walaupun cara dia menyakitkan hati.

4. Kita kena terima pada suami, mak dia nombor satu

ibu dan anak lelaki

Selalu bila si suami mula memenangkan mak dia, saya marah jugalah. Saya jenis melawan. Namun ada satu insiden yang buat saya rasa bersalah amat-amat sangat. Susah nak digambarkan macam mana bersalah saya waktu tu dan sejak kejadian tu, kalau suami saya kena pilih nak dahulukan apa saya nak dengan permintaan mak dia, saya biarkan saja dia penuhi apa yang mak dia nak. Takkan Puan-Puan pun nak kena tunggu ada insiden baru nak tersedar?

5. Saya terima saya yang kena beralah

everybody loves raymond

Saya tahu dalam situasi mertua lawan menantu, saya sebagai menantu kena jadi beralah walaupun terpaksa, dan rasa nak menangis. Saya sedar jika saya degil dan terus keras kepala, hubungan kami tak akan kekal lama. Bila dah ada ibu mertua ni, perkara paling penting saya sedar adalah ego kita tu, kita kena buang jauh-jauh. Dengan ibu mertua, seeloknya janganlah kita ada ego, kerana ego tu nanti hanya akan buat kita jadi renggang dengan ibu mertua.

6. Isteri tak patut berharap menang dengan ibu mertua

kartun suami isiteri

Saya sedar yang kunci kebahagiaan saya dengan suami saya, banyak bergantung dengan bagaimana hubungan saya dengan ibu mertua saya. Mungkin untuk pasangan lain, lainlah ceritanya tetapi bagi saya, dia suami saya dan saya terima dugaan saya dengan ibu mertua saya begitu jalannya. Apa yang saya boleh ubah jika saya terus meronta-ronta? Saya tak akan boleh ubah hubungan suami saya dengan ibu dia. Apa yang boleh dibentuk adalah saya. Perubahan untuk saya pula, memang saya akui makan masa.

Saya mula faham yang kasih dan cinta suami saya bukan untuk saya saja. Walau macam mana pun sayangnya saya dekat suami saya, mak dia lagi sayang dia daripada saya.

Faham benda ni, Insya Allah hubungan kita dengan mertua akan kekal lama. Nak kata saya redha pun tak jugak, kerana ada masanya saya marah tapi saya terima ini semua asam garam hidup berumah tangga. Biasalah tu.

Coretan hidup,

Puan K.M.D

Ibu kepada 2 anak yang kini dah ok dengan mak mertua dia


tags : , , , , , , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)