Kredit foto: malaysiandigest.com & romania-insider.com

Masih ingat Syanie, pelakon wanita berbadan gempal yang pernah menyinari industri seni suatu ketika dahulu.

Antara filem-filem popularnya termasuk Senario The Movie, Senario Lagi, Biar Betul, Gila-Gila Pengantin dan banyak lagi.

Sedang kehilangannya daripada radar dunia hiburan selama beberapa tahun menjadi tanda tanya, rupanya mempunyai kisah menarik yang dikongsi apabila beliau muncul dalam program Malaysia Hari Ini di stesen televisyen TV3, awal tahun ini.

Dedahnya dalam temubual itu, hampir 7 tahun dia melakukan pembedahan pintasan perut (gastric bypass) untuk memendekkan usus, dan hasilnya beliau sudah semakin selesa serta yakin dengan penampilannya.

ramai terkejut lihat penampilan terkini pelakon syanie makin kurus 2

Kredit foto: wartawansambilan.com

Bentuk badan terbaru Syanie semasa hadir di rancangan itu mendapat perhatian ramai yang membandingkan dengan imejnya dahulu, di mana berat badan mencecah 204 kg sebelum melakukan pembedahan pintasan perut.

Rata-rata netizen akui agak terkejut kerana penampilannya yang semakin susut!

Dalam masa sama, Syanie menegaskan, dia memilih untuk melalui pembedahan itu bukanlah kerana ingin kelihatan cantik, sebaliknya atas faktor kesihatan. Katanya, berat badan dahulu sudah di tahap kronik hingga menyukarkannya bergerak.

Di laman Instagram, Syanie dilihat agak aktif memuat naik foto-foto kehidupan barunya yang semakin bahagia. Kepada anda yang merindukan aktres comel ini, bolehlah ikuti beliau di laman Instagram @syanie_hisham. Berikut kami kongsikan foto-foto terbarunya yang diperoleh daripada akaun laman sosial tersebut.

ramai terkejut lihat penampilan terkini pelakon syanie makin kurus 3

ramai terkejut lihat penampilan terkini pelakon syanie makin kurus 4

ramai terkejut lihat penampilan terkini pelakon syanie makin kurus 5

ramai terkejut lihat penampilan terkini pelakon syanie makin kurus 6

ramai terkejut lihat penampilan terkini pelakon syanie makin kurus 7

ramai terkejut lihat penampilan terkini pelakon syanie makin kurus 8

ramai terkejut lihat penampilan terkini pelakon syanie makin kurus 9

ramai terkejut lihat penampilan terkini pelakon syanie makin kurus 11

ramai terkejut lihat penampilan terkini pelakon syanie makin kurus 12

Kredit foto: Instagram Syanie Hisham

Sumber berita: wartawansambilan.com




Hakcipta iluminasi.com (2017)