Kredit foto: Instagram Zahida Rafik

Masih ingat aktres Zahida Rafik yang pernah muncul dalam beberapa filem tempatan, antaranya Mami Jarum, Mami Jarum Junior, Anak Mami The Movie dan Kuliah Cinta.

Agak lama juga kita tidak mendengar khabar aktres kacukan Melayu dan Pakistan ini.

Bagaimanapun, bagi peminat Zahida yang mengikuti beliau menerusi laman Instagram, anda pasti tahu yang Zahida kini aktif melakukan rutin senamannya di gim.

Meskipun lama tidak muncul di kaca televisyen, ternyata penampilan Zahida tidak pernah mengecewakan kerana masih bertubuh seksi seperti dahulu.

Malah apa yang lebih nyata, ramai yang menyedari tubuh Zahida kini semakin berotot atau 'sado'.

Untuk info, Zahida adalah pemilik syarikat produksi Chilli Picture dan pernah menerbitkan sebuah filem menerusi usaha sama bersama syarikat produksi Indonesia, Nobel Benchmark Sdn. Bhd iaitu pada tahun 2009.

penampilan mengejutkan zahida rafik yang semakin sado 2

Kredit foto: Instagram Zahida Rafik

Mengulas mengenai perjalanan kerjaya seninya pula, Zahida pernah dipalitkan dengan kontroversi yang melibatkan nama VIP dan isu pemakaian Botox.

Bagi anda yang merindukan Zahida dan tertanya-tanya akan rupa paras serta bentuk tubuhnya kini, kami sertakan foto-foto terkini Zahida yang diambil daripada laman Instagramnya. Jom layan.

penampilan mengejutkan zahida rafik yang semakin sado 3

penampilan mengejutkan zahida rafik yang semakin sado 4

penampilan mengejutkan zahida rafik yang semakin sado 5

penampilan mengejutkan zahida rafik yang semakin sado 6

penampilan mengejutkan zahida rafik yang semakin sado 7

penampilan mengejutkan zahida rafik yang semakin sado 8

Kredit foto: Instagram Zahida Rafik




Hakcipta iluminasi.com (2017)