orang kulit hitam krim putih

Ramai orang mengimpikan wajah putih kerana menganggap ianya adalah salah satu simbol kecantikan. Ini adalah satu persepsi yang salah kerana ianya adalah satu 'idea' yang dipupuk ke dalam minda konsumer dengan bertujuan untuk melariskan produk yang dijual. Bagi penulis, kecantikan itu suatu perkara yang subjektif. Namun oleh kerana banyak majalah-majalah dan iklan-iklan yang bercerita tentang putih itulah kecantikan maka semua orang berpusu-pusu ingin kelihatan 'cantik' seperti yang dipupuk oleh media tersebut.

Jadi adakah anda seorang konsumer yang bijak sekiranya anda menggunakan produk pemutih kulit ini? Ianya bergantung kepada ilmu dan matlamat anda juga. Sekiranya anda memang dengan membuta-tuli ingin memutihkan kulit, anda bukanlah seorang pengguna yang bijak. Anda perlu tahu bahawa hakikat yang sebenarnya tiada ejen atau produk pemutih kulit secara 'permanent' yang benar-benar berkesan pada masa sama selamat untuk digunakan.

orang china pakai mask suit di pantai elak sebab nak putihkan kulittrend di china, keluar ke pantai pakai suit elak kulit gelap

Anda pergilah berjumpa dengan dermatologis mana-mana pun, pasti mereka akan berkata perkara yang sama. Tiada ubat yang boleh memutihkan kulit tanpa risiko yang tinggi. Pakar-pakar cuma boleh mengesyorkan atau memberikan ubat yang bersesuaian dengan situasi anda berdasarkan point-point berikut :

  • ejen yang bertujuan membuang sel kulit mati
  • ejen yang bertujuan menipiskan sebahagian kulit
  • ejen yang bertujuan melindungi kulit dari matahari
  • bergantung situasi seperti ejen anti jerawat dan sebagainya

Untuk kenalpasti warna kulit paling cerah semulajadi untuk diri anda, lihat pada lengan tangan anda sebelah dalam. Itulah warna kulit paling cerah semulajadi untuk anda. Sekiranya mahu melebihi tahap putih ini, anda kena letakkan diri anda dalam risiko bahaya yang lain. Sekali lagi diulangi. Tiada ubat, produk atau ejen pemutihan yang selamat. Melainkan si pengeluar produk itu menipu itu ini bahawa produk mereka mampu memutihkan kulit walhal sebenarnya hanya sebagai ejen pencuci muka ataupun mereka guna bahan terlarang. Paling ditakuti sekiranya produk itu mengandungi merkuri.

kulit bersisik kerana produk putih kulit krim kosmetikKulit rosak akibat produk murah

Ada yang mengatakan bahan-bahan merbahaya seperti merkuri dan hydroquinone ini selamat digunakan dalam kuantiti yang tertentu. Jawapan yang sebenarnya adalah ianya tetap memberi mudarat dan bahaya kepada badan anda. Ditambah pula dengan kadar kuantiti yang anda sendiri tidak pasti atau tahu didalam produk tersebut. Jadi sebelum anda ingin menggunakan produk pemutihan kulit, sila semak adakah anda benar-benar memerlukannya.

  • Kenapa saya perlu jadi putih?
  • Apabila saya jadi putih apa yang saya dapat?
  • Adakah saya akan gembira bila jadi putih
  • Putih itu satu keperluan?
  • Adakah saya tidak bersyukur dengan kulit asal pemberian tuhan?

Kesimpulannya, anda perlu tahu teknik dan langkah yang betul untuk mencerahkan dan mencantikkan kulit sebelum membeli apa-apa jenis produk. Juga anda perlu membuat sedikit kajian di internet ataupun bertanya terus kepada kementerian kesihatan. Tambahan pula, produk-produk yang benar-benar 'legit' ini bukannya murah. Biasanya berharga RM300 ke atas (berserta konsultasi dari dermatologis). Perlu diingati, Jacklyn Victor pun tak boleh putih macam Uqasha Senrose. Hati-hati dengan pengeluar produk putih kulit murahan ini.

Berbanggalah dengan warna kulit anda. Hargailah diri anda sendiri.


tags : , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)