Oleh pada 04 Apr 2018 kategori

Jika anda seorang ibu kepada tiga orang anak kecil yang jarak usia antara mereka hanya 2 tahun seorang, pasti akan ada permasalahan untuk menyediakan jumlah pakaian dengan jumlah yang begitu banyak. Ini disebabkan faktor tempoh tumbesaran anak-anak itu sangat cepat yang memaksa ibu bapa perlu menyediakan baju mengikut saiz tumbesaran mereka.

Dengan kos sara hidup yang meningkat pada era globalisasi ini, pasti ramai yang berusaha untuk memikirkan bagaimana cara untuk menyediakan kelengkapan anak-anak dengan sempurna dalam masa sama dapat menjimatkan kos. Dengan teknologi pada masa kini, kita dapat melihat suatu kemunculan pakaian unik yang berjenama "Petit Pli" yang mampu untuk membantu menyelesaikan meringankan masalah ini. 

BESARKAN TEKS     A-  A+

baju petit pli

Petit Pli adalah salah satu pakaian yang ditunggu oleh kebanyakan ibu bapa kerana mempunyai ciri utama yang bersifat fleksibel serta tahan lama. Pakaian bayi berjenama Petit Pli ini telah direka oleh Ryan Mario Yasin di London pada tahun 2017. Idea membuat baju Petit Pli ini bermula apabila Yasin menjumpai satu pakaian yang cantik dan membeli untuk anak saudaranya yang bernama Viggo yang tinggal di Denmark.

Apabila Yasin tiba di Denmark, Yasin mendapati baju yang dibeli itu sudah tidak muat untuk dipakai oleh Viggo. Yasin yang berpengalaman sebagai Jurutera Aeronautik mula mencari solusi untuk menyelesaikan masalah mengenai saiz baju bayi yang tahan agak lama. Disitu bermulanya perkembangan pakaian bayi yang teknikal paling maju di dunia. 

yasin menunjukkan baju yang telah diciptanya

Petit Pli merupakan sepasang pakaian yang memiliki kelebihan sendiri berbanding dengan baju yang lain. Secara umum, semua mengetahui tentang bayi mengalami pertambahan saiz seiring dengan usia mereka.

Semakin meningkat usia, semakin fizikal bayi tersebut turut membesar dari masa ke semasa. Petit Pli dicipta mengikut perkembangan tubuh badan mereka. Pakaian ini disesuaikan untuk si kecil yang berusia seawal 4 bulan. Apa yang mengagumkan ialah baju itu boleh dipakai oleh individu yang sama meskipun mengalami peningkatan usia. Lebih menarik, ia boleh digunakan sehingga umur si kecil mencapai tempoh usia 36 bulan atau 3 tahun.

Ciptaan ini sangat berbaloi jika anda mempunyai  anak-anak dalam lingkungan usia tersebut kerana mereka boleh berkongsi pakaian yang sama. Ia benar-benar memberi penjimatan yang hebat. Berbeza dengan kebanyakan baju biasa yang perlu diganti apabila saiz tubuh badan semakin membesar. Ternyata ciptaan ini sangat berbaloi.

Petit Pli diperbuat daripada fabrik ringan yang tahan lasak dengan menggunakan konsep origami. Disebabkan itu pakaian tersebut akan meregang mengikut ukuran tubuh anak-anak itu. Disebabkan itu pakaian Petit Pli boleh dipakai dalam tempoh yang agak lama.

Lipatan pada kain tersebut juga akan terbuka dan memanjang dengan sendirinya mengikut saiz badan anak tersebut. Kaedah pengembangan pada fabrik diambil berdasarkan pengalaman Yasin sebagai seorang jurutera dalam bidang penerbangan. Fabrik Petit Pli memiliki kelebihan seperti kalis air dan apabila dibasuh ia mengambil masa beberapa minit sahaja untuk kering dengan sendiri.

Pakaian ini bersifat kuat dan dapat melindungi anak anda dalam keadaan cuaca yang panas atau hujan. Selain itu, ia dikategorikan sebagai bahan mesra alam yang boleh dikitar semula.

baju petit pli yang boleh dipakai seawal usia 4 bulan sehingga 36 bulan

Pakaian Petit Pli ini didatangkan dalam tiga warna iaitu hitam,merah dan biru. Yasin merancang untuk menambah beberapa warna menarik dan pelbagai lagi jenis rekaan mengikut cita rasa masing-masing. Harga baju Petit Pli masih lagi belum diketahui kerana Yasin masih mencari rakan penaja untuk melanjutkan penghasilan produk berkenaan sebelum menjualnya di pasaran.

rujukan : petitpli




Hakcipta iluminasi.com (2017)