Oleh pada 09 Apr 2017 kategori

Pesawat MH2718 kepunyaan Malaysia Airlines disahkan tergelincir sewaktu mendarat di Lapangan Terbang Sibu pada pukul 10.17 malam tadi.

Bagaimanapun, kesemua penumpang dilaporkan selamat dalam kejadian tersebut.

Foto kejadian dimuatnaik oleh salah seorang penumpang, Muhd Badrul Aman menerusi akaun Facebook miliknya.

Sehubungan dengan itu, pihak Malaysia Airlines telah membuat kenyataan bahawa kejadian malang itu berlaku ketika hujan lebat.

Pesawat Malaysia Airlines dengan penerbangan MH2718 pada 8 April 2017 dari Kuala Lumpur tergelincir ketika mendarat di Lapangan Terbang Sibu pada 10:17 malam ketika hujan lebat.


Pesawat Boeing 737-800 itu membawa 61 penumpang dan enam krew.


Kesemua penumpang dan krew di atas pesawat selamat dan dikeluarkan melalui dua gelongsor angin. Tiada kecederaan dilaporkan setakat ini.

Sumber: Facebook Malaysia Airlines

Justeru, pihak mereka juga telah mula menjalankan siasatan untuk mengesan punca sebenar insiden berkenaan.

mh2718 tergelincir 2

mh2718 tergelincir 3

mh2718 tergelincir 4

Sumber berita: Siakapkeli




Hakcipta iluminasi.com (2017)