Kredit foto: Instagram Scha Alyahya

Pasangan Scha Alyahya dan Awal Ashaari mengakui terkejut dengan perubahan perangai anak mereka, Lara Alana sewaktu bercuti di Disneyland, Hong Kong pada pertengahan Oktober lalu.

Ini berikutan Lara kelihatan begitu gembira disolek serta berpakaian ala watak kartun Cinderella.

“Kami memang terkejut dengan perangai Lara yang sebelum ini memang tak mahu disolek atau letak sebarang solekan di muka.

“Kalau nak bersiap tu, dia tak boleh duduk diam tapi semasa kami pergi Disneyland, Hong Kong, perangai dia berubah ketika masuk tempat dressing room untuk kanak-kanak.

“Dia hanya duduk diam sahaja dan membiarkan orang itu meletakkan solekan pada mukanya. Mungkin sebab dapat feeling jadi puteri itu yang buat dia rasa teruja,” kata Scha memetik laporan Mstar Online.

Scha membuat kenyataan tersebut di majlis pelancaran Hong Kong Live in Kuala Lumpur yang berlangsung di KLCC pada Selasa.

perangai lara alana berubah scha alyahya terkejut 2

Kredit foto: Instagram Scha Alyahya

Sementara itu, Awal yang menemani isterinya di majlis itu berkata, Lara begitu teruja memakai kasut tumit tinggi sepanjang seharian bersiar-siar di sana.

Malah tumit kasut yang tercabut tidak menghalangnya untuk terus berlari, juga enggan menanggalkannya walaupun sudah tiba waktu malam.

“Sampai ke malam dia tak nak tukar baju dan kasut. Seharian Lara pakai baju seperti Cinderella dan berlari dengan kasut tumit tinggi.

“Biarpun tumit kasut tu dah tercabut, dia paksa saya pasang balik dan sambung berlari,” tuturnya.

Pasangan itu bersama Lara bercuti di Hong Kong pada 18 Oktober lalu iaitu selama enam hari untuk mempromosikan negara berkenaan.

Pengalaman berada di sana disifatkan Scha begitu menarik, apatah lagi dengan pendedahan yang diterima anaknya.

“Memang sebelum ini kami pernah bawa Lara bercuti tapi masa itu dia kecil lagi dan tidak faham apa-apa.

“Kali ini dia dah besar dan rasa pengalaman baru itu sendiri. Ada sahaja yang dia nak tahu dan tanya pada kami sepanjang percutian itu,” kata Scha mengulas tentang Lara yang kini berusia tiga tahun.

Sumber berita: Mstar




Hakcipta iluminasi.com (2017)