Air Terjun Niagara (Niagara Falls) merupakan antara air terjun popular di dunia yang terletak di sempadan negara Kanada dan Amerika Syarikat. Ianya mengandungi 3 buah air terjun utama iaitu Horshoe Falls, American Falls dan Bridal Veil Falls.

Antara tahun 1931 dan 1954, American Falls telah mengalami hakisan yang sangat teruk disebabkan batu-batu yang jatuh kedalamnya yang mana jika tidak dibendung akan menyebabkan kemusnahan teruk kepada American Falls. Akibat daripada desakan orang ramai, pihak kerajaan telah bertindak menutup Niagara Falls dan melakukan proses pengeringan air (dewatering) untuk membolehkan kerja-kerja membaik pulih dijalankan. Dalam usaha ini, air yang mengalir akan dikurangkan menjadi satu perempat sahaja daripada aliran air yang biasanya melalui air terjun ini.

BESARKAN TEKS     A-  A+

horshoe falls

Dalam usaha mengeringkan Niagara Falls, 1264 buah trak yang membawa 27 800 tan pasir telah digunakan. Daripada usaha pengeringan air terjun ini juga, mayat seorang wanita yang memakai gelang emas juga telah dijumpai. Mayat tersebut mungkin tidak akan dijumpai sehingga kini sekiranya air terjun. Dalam usaha membendung kejadian hakisan ini daripada berulang, kajian juga telah dilakukan.

Niagara Falls merupakan antara tempat yang pernah tersenarai dalam senarai 7 keajaiban dunia. Sekiranya anda ingin melawat Niagara Falls, anda boleh memilih untuk melihatnya daripada Kanada mahupun Amerika Syarikat. Walaubagaimanapun, pemandangan dari Kanada sebenarnya lebih cantik daripada pandangan melalui Amerika Syarikat. Di era pemerintahan Donald Trump ini juga, sekiranya anda seorang Muslim, anda juga mungkin menghadapi kesukaran untuk memasuki Amerika Syarikat.

dewatering

Kredit gambar: Russ Glasson/Flickr




Hakcipta iluminasi.com (2017)