1 153

Halusinasi bermaksud pengalaman melihat, mendengar, merasai sesuatu yg sebenar­nya tidak wujud. Kadangkala berlaku akibat gangguan kesihatan atau fikiran. Ada juga sesetengah orang dengan sengaja ingin berhalusinasi melalui pengambilan dadah. Biasanya, pengalaman halusinasi bagi setiap orang adalah berbeza. Bagi sesetengah orang, selain berhalusinasi berjumpa individu khayalan tertentu, ada juga orang yang berhalusinasi sehingga meracau kerasukan dan histeria

Kebanyakan pengkaji sains, mengatakan bahawa penampakan hantu itu juga sebahagian dari halusinasi minda sendiri, bukannya seperti yang digambarkan seperti dalam filem seram. Kami ingin kongsikan kepada anda, perkara-perkara yang menjadi punca atau pencetus kepada halusinasi ini agar anda semua lebih peka dan faham sekiranya ianya berlaku kepada anda.

perkhemahan unggun api

1. Cahaya malap dan tidak sekata

Cahaya memainkan peranan penting untuk mencetus halusinasi kepada minda seseorang. Sebab itulah kita biasa dengar orang kerasukan berkhemah di hutan ketika berada dihadapan unggun api ataupun dengan nyalaan lilin. Lampu malap dan tidak sekata ini memudahkan otak kita berada pada tahap separa sedar dengan mudah justeru membuatkan otak kita berhalusinasi.

Terdapat beberapa syarikat menjual produk yang membolehkan anda berhalusinasi di rumah. Alat-alat ini biasanya dibina daripada sepasang cermin mata di mana terdapat lampu kecil (LED) yang sentiasa berkelip-kelip secara rawak untuk membuatkan si pengguna khayal ke alam fantasi.

pasangan legong

2. Tarian atau pergerakan berulang

Tarian telah pun dijadikan ritual oleh manusia selama beribu-ribu tahun untuk membolehkan mereka memasuki alam halusinasi seperti ke alam bunian dan ke alam roh. Budaya orang asli seperti orang asli Australia, orang asli Afrika, dan pengikut aliran Sufi (Turki) telah menggunakan teknik tarian untuk mendapatkan kondisi tahap kesedaran diri tertentu.

Hal ini juga berkait rapat dengan tarian kuda kepang di negara kita. Cara tarian lenggok berulang dan suasana persekitaran itulah yang membuatkan ramai penari kuda kepang boleh hilang kesedaran diri sehingga meracau-racau.

meditasi

3. Teknik pernafasan dan meditasi yang salah

Teknik pernafasan dan teknik meditasi (zikir bagi orang Islam) sebenarnya berfungsi mendiamkan suara hati justeru membuatkan jiwa berasa lebih tenang dan nyaman. Namun dalam situasi tertentu, ada juga sesetengah orang boleh berhalusinasi kerana dikatakan apabila anda berjaya mendiamkan suara hati anda melalui meditasi, jasad anda berjaya ditidurkan tetapi otak anda dalam keadaan sedar.

Cerita-cerita yang biasa didengari oleh pengamal meditasi biasanya tidak menunjukkan sebarang halusinasi yang menakutkan atau boleh menyebabkan gangguan mental. 

terlampau penat

4. Tidak tidur untuk tempoh yang lama

Bagi anda yang pernah tahan tidur untuk dua hingga tiga hari pasti pernah mengalami situasi melihat kilauan melalui mata anda. Ini tanda badan anda sudah terlalu letih. Dalam situasi ini, halusinasi sangat mudah tercetus. Manusia normal biasanya tidak boleh menahan tidur melebihi tiga hari melainkan dengan pengambilan dadah seperti syabu. Sebab itulah penagih syabu kebanyakannya boleh berkhayal sehingga mereka terdengar suara halus, penampakan lembaga dan sebagainya.

5. Pengambilan bahan tertentu seperti dadah

Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa dadah digunakan oleh penagih untuk mendapatkan kondisi mental yang tertentu. Memang penagih dadah suka berhalusinasi justeru membuatkan dadah adalah pencetus (dengan sengaja) halusinasi. Anda diluar sana jangan sesekali mencuba dadah. Ianya boleh memberikan kesan yang kekal kepada otak dan tubuh badan anda. Bayangkan hari-hari anda dengar suara halus dan nampak lembaga. Seronok?

lonely girl

7. Terlalu penat, stress dan kemurungan melampau

Pernah alami fenomena tindih jin? Kalau pernah, cuba ingat kembali. Pasti kejadian itu berlaku dikala anda dalam keadaan keletihan yang amat sangat. Dalam situasi kemurungan pula, kadang-kadang ada sesetengah orang tidak boleh menerima hakikat realiti lalu otaknya cuba mencipta fantasi untuk memuaskan hatinya sendiri sehingga dia imaginasi terbawa-bawa ke realiti. Contohnya seperti kes-kes putus cinta yang berlaku dikalangan remaja. Pasti anda pernah dengar kisah orang putus cinta sehingga meracau kan? 

rumah hantu

8. Medan Elektromagnetik

Sesetengah pengkaji percaya bahawa medan elektromagnet juga menjadi punca manusia berhalusinasi. Namun ianya masih mendapat pertikaian dari pengkaji lain. Medan elektromagnet adalah perubahan caj tertentu seperti electron dalam kuantiti yang tinggi. Hal ini juga dikatakan sangat berkait rapat dengan kejadian rumah hantu dan sebagainya. Menurut pengkaji yang menyokong pendapat ini, medan elektromagnetik mampu mengubah perhubungan sel-sel otak justeru menyebabkan keadaan panik, ketakutan, perbuatan luar dari kebiasaan dan lain-lain.

pawang orang asli

9. Bunyi yang berulang atau bunyi gegendang

Teknik ini telah digunakan oleh pawang orang asli di kebanyakan negara sejak beribu tahun dahulu. Bunyi yang terhasil dari gendang secara ulangan boleh menyebabkan manusia berhalusinasi. Seorang pakar kejuruteraan bunyi (sound engineer) juga telah mengesahkan tentang hal ini dan telah menulis artikel berkaitan gendang asli, bunyi dan pengaruhnya terhadap kesedaran diri.

Dewasa kini, popular di youtube berkaitan binaural beat. Bunyi dari binaural beat terbukti mampu meransang halusinasi. Namun anda tidak digalakkan mencubanya kerana ada kajian mengatakan bahawa binaural beat mampu memberi kesan negatif kepada otak anda. Ianya boleh menyebabkan paranoia dan kecelaruan minda. Ada juga yang mengatakan bahawa binaural beat mampu mengubati pesakit yang ketagihan dadah.

Tips rawatan histeria secara tradisional

  • Asingkan pesakit di bilik kosong, beri ruang kepadanya untuk bernafas dan elakkan pesakit berpeluh. Biarkan pesakit berehat lebih kurang 30 minit sambil dipantau individu lain.
  • Azan sebanyak 3 kali pada telinga kiri pesakit.
  • Ambil sebotol air minuman dan buka penutupnya kemudian pegang ubun-ubun pesakit dan bacakan ayat kursi sebanyak 7 kali lalu ditiupkan kearah ubun-ubun pesakit dengan air mineral tersebut.
  • Separuh daripada air tersebut berikan pesakit minum dan separuh lagi, campurkan dengan sebesen air paip serta sekilo ais, lalu jirus kepala pesakit perlahan-lahan.

Rujukan :

Kacamata halusinasi

Psychedelic Trance

Kesan tahan tidur kepada otak

Elektromagnet dan halusinasi

Magnet dan halusinasi

Earl Vicker musik dan kesedaran diri


tags : , , , , , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)