Oleh pada 14 Sep 2017 kategori

Kredit foto: Instagram Wak Doyok

Pelakon Wak Doyok mendedahkan dia membatalkan perkahwinan dengan seorang wanita pada saat-saat akhir, April lalu.

Wak menganggap mereka tidak ada jodoh kerana persiapan perkahwinan telahpun dibuat.

Namun ikon fesyen itu enggan berkongsi identiti wanita yang dimaksudkan.

pendedahan mengejutkan wak doyok sepatutnya dah kahwin april lalu tapi 2

Kredit foto: Instagram Wak Doyok

Jika diikutkan saya sepatutnya berkahwin pada April lalu malah persiapan pun sudah dilakukan. Tetapi jodoh itu di tangan Allah, semua yang dirancang tidak menjadi dan saya anggap tiada jodoh di antara kami.
Sumber: Mstar

Wak membuat kenyataan tersebut di sesi fotografi pencalonan awal Festival Filem Malaysia ke-29 (FFM29) yang berlangsung semalam.

Terdahulu, pelakon filem Abang Long Fadil 2 itu pernah digosipkan dengan bekas personaliti TV3 iaitu Azrinaz Mazhar Hakim.

Mengulas mengenai pengganti kekasih lama, Wak berkata, tumpuannya kini diberikan kepada bidang lakonan yang semakin mendapat perhatian.

Bagaimanapun, pelakon berusia 37 tahun itu tidak menolak untuk kembali berpasangan pada masa akan datang, namun meletakkan syarat agar bakal isterinya nanti memahami dirinya, selain bersedia menjaga ibunya.

pendedahan mengejutkan wak doyok sepatutnya dah kahwin april lalu tapi 3

Kredit foto: Instagram Wak Doyok

Kalau dapat jodoh seorang cikgu pun apa salahnya, lagi bagus sebab boleh jaga dan ajar anak-anak. Ciri-ciri wanita yang saya cari tidaklah yang terlalu tinggi cukup sekadar boleh memahami saya dan menjaga ibu saya. Tetapi sekarang saya memang tiada sesiapa kerana mahu fokus kepada karier seni terlebih dahulu.
Sumber: Mstar

Mengenai perkembangan terbaru, aktor itu telah menerima pencalonan awal dalam FFM29 menerusi filem Abang Long Fadil 2.

Wak mengakui berasa terkejut serta bersyukur, namun enggan meletakkan harapan terlalu tinggi.




Hakcipta iluminasi.com (2017)