Oleh pada 28 Dec 2017 kategori

evolusi nissan skyline

Kalau sebut nama Nissan Skyline, pasti terbayangkan rekabentuk yang sangat menarik, enjin yang padu serta prestasi hebat seperti dalam filem Fast and Furious 2 yang digunakan oleh Paul Walker. Nissan Skyline merupakan antara salah satu kereta sport yang terbaik atas muka bumi ini. 

Sejarah ringkas Skyline

evolusi kereta sport terhebat jepun

Nama "Skyline" berasal dari syarikat automobil Jepun iaitu Prince. Prince Motor Company beroperasi bermula tahun 1952. Prince menghasilkan dan menjual beberapa model kereta Skyline sedan, sebelum bergabung dengan Nissan-Datsun pada tahun 1966. 

"GT-R" merupakan singkatan kepada "Gran Turismo Racer", manakala GT-B pula singkatan kepada "Gran Turismo Berlinetta". Agak pelik apabila syarikat automobil Jepun menggunakan perkataan Itali dalam menamakan kereta mereka bukan? Ia disebabkan kebanyakan kereta yang dihasilkan di Jepun ketika itu menggunakan singkatan Barat, kerana ingin meningkatkan kadar jualan.

nissan skyline gtr

Kereta keluaran Prince iaitu Skyline S54 2000 GT-B menduduki tangga kedua dalam perlumbaan pertamanya pada tahun 1964, kalah kepada Porsche 904 GTS. Namun, GT-R diramalkan sebagai model berorientasikan sukan pertama dalam rangkaian Skyline, jadi nama Skyline terus digunakan oleh Nissan.

1. PGC10 - Generasi pertama (1969–1972)

nissan skyline gt r pgc10 48951

Dikenali sebagai PGC10, model Skyline GTR pertama pertama kali diperkenalkan kepada umum pada tahun 1969, di Tokyo Show Motor ke-15. Ia dikuasakan oleh enjin 2.0 L DOHC S20 l6, memberikan 160 kuasa kuda pada 7,000 rpm dengan tork 118 N·m. 

Kuasa PGC10 ini dipacu oleh transmisi manual 5 kelajuan melalui roda belakang. Pada asalnya ia dihasilkan sebagai kereta sedan dengan 4 pintu namun model coupe dihasilkan pada Mac 1971 dengan kod casis "KPGC10".

nissan skyline gt r pgc10

nissan skyline pgc10

Skyline generasi pertama ini diberi nama jolokan "Hakosuka", iaitu gabungan daripada perkataan Jepun yang bermaksud kotak ("hako" or ハコ), dan singkatan Skyline yang disebut sebagai "Suka" (スカ) dalam bahasa Jepun. Sebanyak 1,945 unit model PGC dan KPGC10 dikeluarkan.

2. KPGC110 - Generasi kedua (1973)

nissan skyline kpgc110

PGC10 dan KPGC10 digantikan oleh KPGC110 atau nama jolokannya "Kenmeri Skyline", dan dilancarkan pada tahun 1973 selepas diperkenalkan di Tokyo Motor Show pada tahun 1972. Generasi kedua model Skyline ini dikuasakan oleh enjin 1989 cc l6 S20 dengan transmisi manual 5 kelajuan melalui roda belakang. Ia diberi

Generasi kedua Skyline ini dikatakan kurang berjaya berbanding yang lain, disebabkan permintaan kereta berprestasi tinggi pada awal tahun 1970-an tidak memberangsangkan, yang mana kesan daripada krisis petrol.

nissan skyline 2000gt r kpgc110 48993

nissan skyline 2000gt r kpgc110

Hanya 197 unit dihasilkan di sepanjang penghasilan generasi kedua ini dan merupakan model GT-R terakhir untuk lebih sedekad, sehinggalah penghasilan Skyline R32 pada tahun 1989.

3. R32 GTR - Generasi ketiga (1989–1994)

nissan skyline r32 gtr 48918

16 tahun selepas pembatalan pengeluaran Skyline KPGC110 GT-R, model ini kembali diberi nafas baru pada tahun 1989. Ia diberi nama R32 Nissan Skyline GTR dengan enjin 2.6 liter twin-turbo dengan konsep "all-wheel drive" yang direka oleh Nismo (Nissan Motorsport).

Model ini dipilih sebagai asas dalam penghasilan lebih banyak kereta lumba Kumpulan A. Pengeluarannya bermula pada 22 Mei 1989, dengan hanya mengeluarkan 5,000 unit yang diperlukan untuk melepasi ujian standard sebagai kereta lumba.

Namun, pujian yang diberikan terhadap model ini oleh pihak media permotoran dan permintaan yang sangat tinggi daripada orang awam, menyebabkan Nissan membenarkan pengeluaran tanpa had. Penjualan itu bermula pada Ogos 1989. Jumlah keseluruhan yang dikeluarkan adalah sebanyak 43,937 unit.

nissan skyline r32 gtr

Warna putih adalah warna nasional Jepun dalam sukan permotoran antarabangsa, yang menjelaskan mengapa kebanyakan model ini berwarna putih.

Tetapi dengan pujian kritikal oleh akhbar bermotor dan dengan permintaan yang tinggi oleh orang ramai untuk kereta, Nissan memutuskan untuk membenarkan pengeluaran tanpa had yang dijual pada bulan Ogos 1989. Pencapaian R32 dalam perlumbaan trak sangat memberangsangkan termasuklah 5 kali juara berturut-turut dalam kesemua kejohanan Japanese Touring Car Championships dengan lebih daripada 200 kemenangan.

4. R33 GTR - Generasi keempat (1995–1998)

nissan skyline r33 gtr 48947

Skyline R33 merupakan generasi ke-4 model ini. Pada mulanya ia diberi nama "E-BCNR33" dan kemudiannya disingkatkan kepada "R33". Enjin R32 dan R33 hampir sama di antara satu sama lain, di mana "turbochargers" dan transmisi 5 kelajuan yang sama digunakan.

Ia dilancarkan pada Januari 1995, dengan enjin 2.6 liter twin turbo, dengan "syncros" pada R33 adalah lebih kuat. Walaupun kuasa kuda R33 dihadkan oleh undang-undang Jepun, namun segala penambahbaikan pada R32 menjadikan R33 sebagai satu lagenda.

nissan skyline r33 gtr

Di Australia, R33 digelar sebagai "Godzilla" dan dianggap lebih hebat daripada Ford dan V8 Holden. Antara detik bersejarah bagi R33 adalah apabila mencipta rekod 7 minit 59 saat di litar di Nurburgring, Jerman. Sebanyak 16,674 unit dikeluarkan bagi Skyline R33. 

5. R34 GTR - Generasi kelima (1999 - 2002)

nissan skyline r34 gtr

Boleh dikatakan model ini, Skyline R34 GTR, adalah model yang paling digemari oleh peminat Nissan Skyline. Digunakan dalam filem Fast and Furious 2 oleh Brian O'Conner (Paul Walker), model ini menggantikan R33. Ia dikuaskan oleh enjin 2568cc 6 silinder (RB26DETT), memberikan kuasa kuda setinggi 280 pada 6,800 rpm. Rangka R34 lebih kuat dan aerodinamiknya lebih baik daripada R33.

Susun atur pada R34 dikekalkan dengan konfigurasi 6 silinder dengan overhead camshafts berkembar dan 4 injap bagi setiap silinder, serta turborcharger berkembar. Sistem pacuan 4 roda iaitu "ATTESA-E-TS PRO" digunakan bagi R34. 

nissan skyline r34 gtr belakang

R34 menjadi lebih baik daripada R33 kerana beratnya dikurangkan dari beberapa bahagian. Antaranya adalah penggunaan serat karbon ringan dan jenis aluminium yang baru pada bahagian sayap serta bonet. Ketika melancarkan R34, model R34 V Spec N1 juga dikeluarkan. Ia dijual tanpa penghawa dingin dan peralatan audio namun ABS dikekalkan. Hanya 38 unit R34 V Spec N1 dihasilkan, 12 daripadanya digunakan oleh Nismo untuk perlumbaan Super Taikyu dan selebihnya dijual kepada pelanggan.

Jumlah pengeluaran Skyline R34 adalah sebanyak 11,577 unit.

6. R35 GTR - Generasi keenam (2007 - kini)

nissan skyline r35 gtr

Dan model Skyline yang paling bergaya dan kelihatan mewah, adalah Skyline R35. Ia diperkenalkan pada tahun 2007 di Tokyo Motor Show, dan dilancarkan di Jepun pada Disember 2007, dan Julai 2008 di Amerika Syarikat. Ia merupakan rangkaian model Skyline, walaupun tidak lagi menggunakan nama Skyline. 

Sistemnya masih dikekalkan seperti R32, R33, R34 iaitu dengan sistem all-wheel drive dan enjin twin turbo 6 silinder. Enjin RB26DETT pada R34 digantikan dengan V6 VR38DETT. Model tahun 2007 hingga 2010 dikeluarkan dengan 485 kuasa kuda pada 6,400 RPM, manakala model selepas tahun 2010 dihasilkan dengan 523 kuasa kuda.

nissan skyline r35 gtr 48939

nissan skyline r35 gtr 48984

Menjelang tahun 2012, enjin GTR ini melalui penambahbaikan dengan 545 kuasa kuda. Dan dikatakan GTR akan dihasilkan dengan sistem hybrid pada masa akan datang. Nama jolokan "Godzilla" masih dikekalkan oleh media permotoran Australia.

Rekabentuk R35 disamakan dengan robot Gundam oleh Shirō Nakamura, ketua pegawai kreatif Nissan. "Reka bentuk GT-R adalah sangat unik kerana ia bukan hasil daripada peniruan kereta sport Eropah, ia melambangkan budaya Jepun," katanya.


tags : , , , , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)