Kredit foto: Instagram Nia Ramadhani

Pelakon Indonesia, Nia Ramadhani Bakrie selamat melahirkan anak ketiganya jam 8.23 pagi (waktu Indonesia), 10 Mei lalu.

Nia memaklumkan berita gembira tersebut menerusi akaun Instagramnya.

"Alhamdulilah, telah lahir anak ketigaku, MAGIKA ZALARDI BAKRIE. Terima kasih untuk doa dan sokongan daripada anda semua. Sayang semua," tulis Nia.

Nia turut berkongsi fotonya ketika berada di bilik bersalin bersama bayi tersebut.  

Sementara itu di ruangan komen, para pengikut Nia melahirkan kesyukuran dan mengucapkan tahniah.

nia ramadhani selamat lahirkan anak 1 408

Kredit foto: Astro Gempak

Untuk info, Nia bernikah bersama suaminya, Adriansyah Bakrie pada tahun 2010. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Mikhayla Zalinda Bakrie, Mainaka Zainati Bakrie dan anak ketiga yang baru dilahirkan, Magika Zalardi Bakrie.

Sebelum ini, aktres berkenaan dikenali menerusi sinetron Bawang Merah Bawang Putih. 




Hakcipta iluminasi.com (2017)