Dalam kehidupan serba moden hari ini, Internet yang laju bukan lagi suatu kehendak, ia sudah menjadi suatu keperluan. Segala urusan pada zaman sekarang kebanyakan melibatkan penggunaan internet, dan sekiranya internet bergerak lambat, pasti menyakitkan hati. Jadi, untuk mengelakkan ianya berlaku, rujuk 8 tips di bawah untuk meningkatkan kelajuan WiFi di rumah mahupun pejabat anda. 

BESARKAN TEKS     A-  A+

1. Pilih Lokasi Yang Tepat Untuk Router 

lokasi router dan kelajuan internet wifi

Bukan semua lokasi sesuai untuk router anda. Sebagai permulaan, jauhkan ia anda daripada objek logam dan peralatan yang mengeluarkan gelombang elektromagnetik, seperti peti ais dan mesin basuh (kerana ianya bermotor). Secara ideal, pastikan jarak selamat antara router dan wayar elektrik. 

Untuk meliputi sesebuah kawasan dengan isyarat (signal) WiFi yang rata, pastikan kedudukan router tersebut berada di tengah-tengah ruang. Lagi tinggi router, lagi kuat isyarat WiFi dapat dihantar kepada gajet anda. 

2. Dapatkan Antena Yang Lebih Kuat

antena internet wifi laju

Kebanyakan router WiFi hadir dengan antena yang kecil, dan lemah. Hal ini bukan kerana kilang ingin jimatkan setiap sen yang mereka mampu, namun selalunya antena yang kuat mempunyai saiz yang besar. Antena dari kilang selalunya berupaya menghantar signal pada kadar 4 dB (decibel), antena yang bersaiz besar sekitar 25 hingga 40 sentimeter tinggi mampu menghantar 10 dB signal, yakni 2.5 kali ganda lebih kuat. 

Sekiranya anda tidak kisah dengan saiz, antena baharu yang lebih kuat mampu meningkatkan kelajuan internet rumah mahupun pejabat anda tanpa perlu membeli router baru, yang lebih mahal. 

3. Tingkatkan Keselamatan Kata Kunci WiFi

tingkatkan keselamatan password wifi

Pada zaman sekarang, kata kunci WiFi yang sulit dan dilindungi adalah suatu kewajiban. Untuk melindungi data peribadi anda, kata WiFi seharusnya disulitkan (encrypted), dan gunakan kata kunci yang susah untuk diteka mahupun dicuri. Selain itu, anda boleh 'sembunyikan' rangkaian (network) WiFi anda dengan memilih untuk menggunakan 'hidden network'. Cara ini, WiFi anda tidak dapat dikesan mahupun digunakan secara rahsia. 

Sekiranya anda mempunyai ramai tetamu di rumah, buat rangkaian  asing untuk tetamu, supaya kelajuan internet anda sendiri tidak terjejas. 

4. Beli Wifi Booster / Extender / Repeater

wifi booster extender repeater kuatkan signal wifi

Walaupun alat ini kerap kali dirujuk dengan nama yang berbeza, WiFi booster, extender dan repeater, sebenarnya ianya adalah benda yang sama. Mekasnime alat ini, ia menangkap signal Wifi, kuatkan signal tersebut, dan dihantar semula kepada gajet yang bersambung dengan rangkaian internet. Bergantung kepada kehendak anda, harga alat ini bermula sekitar puluhan ringgit, ke ratusan ringgit, bergantung kepada kekuatan signal yang anda inginkan. 

5. Tukar Kepada Siaran WiFi Lain

Seperti televisyen, WiFi juga mempunyai beberapa siaran berlainan. Walaupun kebanyakan negara menggunakan 6 siaran tidak bertindih (1, 6, 11 dan 14), ramai pengguna membiarkan setting pada router mereka pada siaran asal, sama ada Siaran 1 atau Siaran 6. Sekiranya terlalu ramai pengguna menggunakan satu siaran yang sama pada satu-satu masa, siaran tersebut akan menjadi sesak, akibatnya, kelajuan internet menjadi terbantut. 

Penyelesaian kepada masalah ini amat jelas dan mudah, tentukan siaran mana yang kurang digunakan dan bertukarlah ke siaran tersebut. Ikuti langkah-langkah seperti di dalam video di atas untuk menukar siaran WiFi anda. 

6. Gunakan Teknologi WiFi Router Terbaru

teknologi router wifi terbaru

Teknologi internet tanpa wayar terbaru adalah IEEE 802.11ac, yang menawarkan kelajuan muat turun dan muat naik dengan liputan signal yang lebih luas berbanding teknologi WiFi yang lama, seperti IEEE 802.11b, g dan lain-lain. Untuk mengambil kesempatan akan teknologi WiFi terbaru ini, anda perlu pastikan gajet anda boleh menyokong teknologi ini. 

7. Tukar Kepada 5 GHz

Gigahertz, atau GHz mengukur frequency (kekerapan) rangkaian. Menggunakan 5 GHz frequency membolehkan data dihantar pada kada kelajuan yang lebih tinggi untuk jarak yang dekat, dan selalunya kurang sibuk berbanding 2.4 GHz wireless frequency. Sekiranya router anda menyokong frequency 5 GHz, cuba tukar dan bandingkan perbezaannya. Dalam bahasa mudah, 5 GHz bermaksud 5G internet.  

8. Jangan Lupa Untuk Reboot

reboot router internet wifi laju

Reboot bermaksud, padamkan router, dan hidupkannya semula. Kadangkala dengan reboot internet anda akan kembali laju, kerana dengan cara ini, memori router anda akan dibersihkan dan membolehkan kemas kini terbaru untuk di-install. 

wardriving kali linux

Selamat mencuba, semoga internet anda menjadi sepantas kilat!

Rujukan:

  1. yahoo.com
  2. netspotapp.com
  3. techlicious.com



Hakcipta iluminasi.com (2017)