Oleh pada 16 Mar 2017 kategori

Kini anda boleh menikmati keindahan musim bunga 'sakura' di Alor Setar, Kedah yang sangat indah. Bungsa sakura yang dimaksudkan ini adalah bunga tekoma.Bunga tekoma ini kebanyakkan ditanam di sepanjang jalan besar di sekitar Alor Setar. Masjid al Bukhary merupakan masjid yang terindah di Alor Setar juga mempunyai tarikan bunga tekoma yang mempunyai warna merah jambu, ungu dan juga putih.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Pokok tekoma atau nama saintifiknya Tabebuia Rosea berasal dari Selatan Mexico, Ecuador dan Venezuela. Pokok tekoma ini mampu mencapai ketinggian hingga 30 meter dan ukur lilit sehingga 3 kaki. Bunga tekoma akan beguguran setelah 2 minggu mekar di atas pokok. Sekejap sahaja peluang yang ada untuk menikmati keindahan musim sakura ini.

tekoma putih

Terdapat kajian mengatakan bahawa bunga tekoma dan daunnya mampu menurunkan suhu badan. Diharap pihak tertentu membuat kajian terperinci jika terdapat nilai perubatan pada pokok ini. Dianggarkan terdapat 300 - 400 pokok tekoma di sekitar bandaraya Alor Setar. di harap pihak Majlis dapat mewujudkan sebuah taman sakura yang bakal menarik pelancong untuk datang ke Alor Setar yang juga kaya dengan pelbagai jenis makanan yang enak dan sedap.

daun batang dan bunga tekoma

Anda berpeluang mengambil gambar yang indah bersama bunga Tekoma ini hanya di bandaraya Alor Setar, Kedah. Jom, nikamti keindahan "Sakura Alor Setar".

bunga tekoma

pokok tekoma alor setar

pokok tekoma hospital lama alor setar

kredit gambar : Mohd Khairi

sakura luruh di alor setar

pokok tekoma alor setar sakura jepun

pokok tekoma di kedah

kredit gambar : Simon Wong




Hakcipta iluminasi.com (2017)