Oleh pada 04 Jan 2020 kategori

Buat pertama kalinya sejak 2009, wilayah di timur Jerman mempunyai kelab yang beraksi di Bundesliga dan perkara ini sepatutnya diraikan dengan meriah.

Ia merupakan satu tanda bahawa selepas dua dekad pengurusan yang teruk, bola sepak Jerman Timur dilihatkan semakin meningkat.

Akan tetapi, hanya segelintir sahaja yang meraikannya. Mengapa? Jawapannya adalah mudah: RB Leipziq, yang dinaikkan ke Bundesliga pada tahun 2016, menjadi kelab yang paling dibenci di Jerman.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Tiada kelab di Eropah yang mencetuskan perpecahan seteruk bola sepak daripada kelab ini.

Disokong oleh pengeluar minuman tenaga popular dari Austria iaitu Red Bull, kelab ini telah memanjat dari liga divisyen kelima ke liga paling berprestij di Jerman hanya dalam tempoh tujuh musim.

kelab bola paling dibenci ramai rb leipzig

Bagi sesetengah orang, RB Leipzig adalah kisah kejayaan moden yang sempurna yang mungkin boleh menjulang trofi Bundesliga.

Dan bagi yang lain, mereka adalah pengkhianat terhadap semua sepak bola Jerman dari semua segi termasuklah tradisi, identiti dan, yang paling penting, keupayaan peminat untuk mengutarakan pendapat tentang bagaimana kelab itu diuruskan.

Apabila Borussia Dortmund beraksi dalam perlawanan pertama di tempat lawan menentang RB Leipzig yang baru menaiki Bundesliga pada tahun 2016, berpuluh ribu penyokong tegar mereka mengikuti perlawanan tersebut bukan dengan hadir ke stadium tetapi hanya melalui radio.

sepanduk slaughter bulls dan beberapa yang lain muncul dalam perlawanan antara borussia dortmund dan rb leipzig

(Sepanduk "Slaughter Bulls" dan beberapa yang lain muncul dalam perlawanan antara Borussia Dortmund dan RB Leipzig)

Penyokong Borussia Dortmund yang biasanya mempunyai purata kehadiran di tempat sendiri antara yang tertinggi dalam dunia bola sepak telah mengumumkan bahawa mereka tidak mahu bertandang ke Leipzig, yang terletak 340 kilometer ke timur Jerman, sebagai protes terhadap struktur komersial lawan mereka itu.

Sebaliknya mereka hanya menonton perlawanan pasukan remaja Dortmund di tempat mereka, Rote Erde, dan mengikuti perlawanan skuad senior Bundesliga menerusi siaran radio secara langsung.

Setahun kemudian pada tahun 2017, RB Leipzig mendapat tempat di Liga Juara-Juara Eropah musim 2017-2018 dengan menamatkan liga sebagai naib juara Bundesliga.

kedudukan liga bundesliga

(Kedudukan Bundesliga musim 2019/20)

Untuk musim yang terbaru 2019-2020, ketika artikel ini ditulis, kelab ini berada di tangga teratas meninggalkan kelab ternama seperti Bayern Munich dan Borrusia Dortmund.

Pemberontakan akar umbi ini adalah yang terbaru dalam senarai protes terhadap sebuah kelab yang pantas menjadi kelab paling dibenci dalam dunia bola sepak Jerman.

Kebangkitan RB Leipzig

kelab rb leipzig

Sehingga tahun 2009, RB Leipzig merupakan kelab bola sepak divisyen 5 Jerman yang dikenali sebagai SSV Markranstädt yang sangat tidak dikenali walaupun oleh penduduk di negerinya iaitu Saxony.

Kemudian, segala-galanya berubah apabila Red Bull membeli lesen kelab itu, menukar namanya, logo dan pakaian ,serta menjanjikan bajet pemindahan bernilai € 100 juta (RM457 juta).

Oleh kerana undang-undang bola sepak Jerman tidak membenarkan kelab diberi nama bersempena penaja mereka, kelab baru ini diberi nama Rasenballsport Leipzig, yang bermaksud "sukan bola padang".

Nama Rasenballsport diberi kerana apabila ia disingkatkan menjadi RB, ia juga secara halus membawa nama Red Bull (RB).

Tetapi apa yang menyinggung para pengkritik RB Leipzig bukan hanya disebabkan oleh strategi pemasaran kelab tetapi kemungkinan bahawa tindakan mereka ini dapat melemahkan struktur yang telah menaikkan nama kelab-kelab Jerman dalam tahun-tahun kebelakangan ini.

Sebab kebencian terhadap RB Leipzig

undang undang 50 1 bola sepak jerman

Tidak seperti liga lain di Eropah, undang-undang Persatuan Bola Sepak Jerman menghalang pelabur besar daripada mengambil alih kelab yang dibeli.

Mengikut peraturan "50 + 1", kelab mesti memegang majoriti hak mengundi mereka sendiri.

Hanya pelabur yang terlibat dengan sebuah kelab lebih daripada 20 tahun sahaja yang boleh memohon pengecualian kepada peraturan 50 + 1.

Dalam kes Borussia Dortmund, ini bermakna 139,000 anggota berbayar mempunyai kuasa mutlak mengenai isu-isu seperti harga tiket.

RB Leipzig mendaftar dengan peraturan 50 + 1, tetapi para pengkritik mendakwa bahawa mereka telah merosakkan semangatnya.

Sebagai contoh, keahlian di Dortmund dikenakan caj €62 (RM283) setahun bagi orang dewasa, namun untuk menjadi anggota "emas" di Leipzig, anda perlu membayar sekitar €1,000 (RM4,564) setahun.

peminat bola sepak jerman bencikan rb leipzig

Malah, dengan harga ini, ia hanya menjadikan anda seorang ahli "penyokong" atau ahli tanpa hak mengundi.

Walaupun selepas dipaksa oleh Persatuan Bola Sepak Jerman untuk membuka struktur keahlian mereka untuk mendapatkan lesen untuk divisyen pertama, RB Leipzig hanya mempunyai 17 ahli yang benar-benar bebas dari apa-apa kepentingan dan sebahagian besarnya sama serta kakitangan atau rakan sekutu Red Bull.

Akibatnya, kenaikan tujuh tahun RB Leipzig ke dalam kelab teratas bola sepak Jerman telah diuhjani oleh boikot dan aksi bantahan daripada penyokong lawan.

Di kelab 1. FC Union Berlin pada tahun 2014, pasukan menerima protes di mana para penonton berpakaian baju plastik hitam dan berdiam diri selama 15 minit selepas sepak mula.

Pada pusingan pertama Piala Jerman musim 2016, penyokong Dynamo Dresden melemparkan kepala lembu ke dalam padang.

sepanduk oleh penyokong hoffenheim yang menyindir rb leipzig

(Sepanduk oleh penyokong Hoffenheim yang menyindir RB Leipzig)

Dan dalam perlawanan pembukaan musim baru, peminat Hoffenheim, yang sebelum ini dicerca sebagai satu lagi kelab "plastik" dalam Bundesliga, melambai-lambai kad berbaur sarkastik yang berbunyi: "Kami mahukan takhta kami kembali: kelab Jerman yang paling dibenci."

Malah, Borussia Dortmund telah menolak lesen Leipzig untuk menggunakan logo dan nama mereka pada "selendang persahabatan" bersama.

Penyokong RB Leipzig membidas pengkritik

penyokong rb leipzig

Sebaliknya, para penyokong RB Leipzig menuduh pengkritik mereka sebagai bersikap hipokrit, menegaskan bahawa kelab-kelab lain yang mempunyai struktur sokongan korporat yang serupa seperti Wolfsburg, Leverkusen atau Ingolstadt, berjaya mengelakkan tahap penilitian dan pemerhatian yang sama.

Pertahanan Leipzig pula memuji falsafah bola sepak kelab mereka yang progresif.

Di bawah pengarah sukan mereka yang inovatif iaitu Ralf Rangnick, RB Leipzig telah menunjukan permainan bola sepak yang menarik dan melabur terutamanya terhadap pemain muda berusia kurang dari 24 tahun.

peminat bola sepak jerman bencikan rb leipzig 633

Pada tahun 2016, mereka berjaya menarik pemain dari Scotland yang berusia 19 tahun iaitu Oliver Burke untuk menyertai mereka dari Nottingham Forest.

Persoalannya masih sama iaitu adakah ada strategi pemasaran Red Bull dapat memberikan masa depan jangka panjang untuk bekas landskap bola sepak Jerman Timur, yang dilanda kekurangan dana sistemik dan pemerhati oportunistik kelab Jerman Barat selepas penyatuan semula pada tahun 1990.

Para pengkritik dan yang meragui RB Leipzig menggunakan satu lagi francais bola sepak Red Bull iaitu FC Red Bull Salzburg, yang mana satu ketika dahulu merupakan raja empayar bola sepak Austraia, kini terpaksa akur dengan status mereka sebagai kelab "feeder" kepada RB Leizpig selepas gagal melayakkan diri ke Liga-liga Juara-Juara Eropah 11 kali berturut-turut sehingga tahun 2018.

rb leipzig dan red bull salzburg

(RB Leipzig vs Red Bull Salzburg)

Selepas kegagalan untuk melayakkan diri ke liga paling berprestij dalam dunia bola sepak ini, Ralf Rangnick memindahkan tiga pemain terbaik FC Red Bull Salzburg ke RB Leipzig.

Dan selepas bertahun-tahun menjadi kelab bola sepak paling dibenci di Austria, para penyokong mengadu dalam surat terbuka kepada penaja mereka Red Bull bahawa mereka kini menjadi bahan ketawa.Sepanduk oleh penyokong Hoffenheim yang menyindir RB Leipzig

Rujukan:

1. Off The Ball

2. Guardian

3. BBC




Hakcipta iluminasi.com (2017)