Bak kata pepatah, "One's man trash is another man's treasure". Dan dalam kes ini, sampah adalah penyebab kepada kekayaan seorang wanita, Maria Rios.

Maria Rios dilahirkan di sebuah bandar kecil di Mogotillo, El Salvador. Ibu bapanya, Juan Angel dan Reyna Romero bekerja sebagai petani dan penternak, yang mana jauh lebih baik daripada kebanyakan masyarakat setempat. 

BESARKAN TEKS     A-  A+

Sejak kecil Maria melihat ibu bapanya mampu membantu orang kampung yang susah dengan ibunya menjahit pakaian seragam sekolah dan bapanya pula membeli buku-buku sekolah.

maria rios kisah wanita sampah bernilai rm120 juta 2

Namun kehidupan "mewah" Maria sekeluarga musnah apabila perang saudara antara pemberontak dan rejim tentera memaksa keluarga mereka untuk melarikan diri dari El Salvador.

Pada musim panas tahun 1980, keluarga mereka meninggalkan negara dalam sebuah "percutian" untuk melawat sahabat di Amerika Syarikat. Ibu bapa Maria yang tak dapat menjual ladang dan peralatan yang mereka miliki disebabkan konflik yang memuncak, hanya mampu membawa simpanan yang mereka ada dan memulakan hidup baru yang sederhana di Houston, Texas.

maria rios sampah

Tanpa sejarah pekerjaan dan pengetahuan bahasa Inggeris yang terhad, ibu bapa Maria tidak mempunyai pilihan pekerjaan, dan terpaksa bekerja sebagai pembersih pejabat.

"Kami hidup dalam kesempitan. Saya masih ingat ibu membawa saya ke kedai murahan, dan saya ketika itu inginkan sepasang pakaian. Namun ibu berkata kita tak boleh beli pakaian tersebut kerana duit yang ada diperlukan untuk membeli barang dapur," jelas Maria.

maria rios kisah wanita miskin yang kini bernilai rm120 juta disebabkan sampah

Maria kemudiannya mengikuti ibunya bekerja. Ketika mana ibunya mencuci pejabat, Maria akan duduk di pejabat yang mewah dan berangan-angan bahawa satu hari nanti beliau akan duduk seperti itu di dalam pejabatnya sendiri.

Pada usia 18 tahun, Maria telah mendirikan rumah tangga dan itu tak menghalang beliau untuk mencapai matlamat yang paling penting dalam hidupnya, menuju kejayaan yang diimpikan. 

Maria yang ketika itu mempunyai seorang rakan bekerja di syarikat pengurusan sisa, Western Waste Industries diberitahu bahawa terdapat banyak peluang di dalam bidang ini, membuatkan Maria menyertai syarikat ini.

maria rios kisah wanita miskin yang kini bernilai rm120 juta disebabkan sampah 2

Tujuan bekerja di syarikat ini adalah untuk membiayai pendidikannya di kolej, namun ia telah menjadi pusat pendidikan kepada beliau.

Dalam masa 3 tahun, kerjaya Maria berkembang dengan cepat bermula daripada hanya menjawab panggilan kepada penghantaran, kemudiannya kepada jabatan perakaunan dan berakhir di jabatan alam sekitar di mana beliau menguruskan bahan-bahan berkos dan berisiko tinggi.

Dan ketika sepanjang beliau belajar di kolej dan melahirkan 3 orang anak, Maria tidak pernah berhenti bekerja. Beliau merupakan seorang yang sangat bercita-cita tinggi. Namun ia merupakan cabaran yang sukar bagi Maria untuk mengimbangi kerjaya sambil membesarkan keluarga serta menghadiri kuliah pada masa yang sama.

maria rios kisah wanita sampah bernilai rm120 juta 3

Akhirnya pada tahun 1997, Maria menamatkan pelajarannya di Universiti Houston dengan ijazah sarjana muda dalam bidang perniagaan dan bertekad untuk menggunakan ijazah yang diperoleh dalam memulakan perniagaan.

"Mungkin saya mampu memperoleh jawatan yang lebih tinggi dengan gaji yang lebih besar, tetapi saya mahukan perniagaan dengan potensi yang lebih luas yang mana saya dapat lihat dalam perniagaan sampah ini," jelas Maria.

Maria menyedari bahawa syarikat-syarikat kecil bukanlah watak utama sedia ada dalam industri pengurusan sisa yang mana ini menawarkan peluang perniagaan dan peluang berkhidmat kepada masyarakat.

maria rios kisah wanita sampah bernilai rm120 juta 5

Suaminya yang bekerja sebagai bidang penyelenggaraan pada mulanya tidak begitu senang dengan idea perniagannya kerana risikonya tinggi dan hanya inginkan gaji tetap yang mampu menyara keluarga.

Namun Maria mahukan lebih. Beliau merancang strategi perniagaan dan langsung membuat pinjaman RM993,000 daripada bank. Wang tersebut digunakan untuk membeli dua buah trak sampah pertamanya, dan menubuhkan syarikat yang diberi nama Nation Waste, yang kini bernilai RM120 juta.

Maria bermula dengan kecil-kecilan dan memberikan perkhidmatan kepada pelanggan minoriti sambil perlahan-lahan membina perniagaannya. Pada awalnya, Maria memperoleh pulangan yang hanya cukup untuk kehidupannya di samping keuntungan kecil, namun terus melaburkan keuntungan tersebut ke dalam syarikatnya. 

maria rios kisah wanita sampah bernilai rm120 juta 4

Dan pada Ogos 2005, ketika Taufan Katrina melanda Texas, Maria melihat tragedi ini sebagai satu peluang untuk sekali lagi menghubungkan perniagaannya dengan masyarakat tempatan.

Beliau menyediakan perkhidmatannya dengan kadar harga yang lebih murah kepada keluarga-keluarga dan perniagaan-perniagaan yang tidak berkemampuan berbelanja besar untuk pulih daripada bencana alam ini.

Berita murah hati perkhidmatan syarikat Maria ini kemudiannya tersebar, membuatkan Nation Waste berkembang dengan pesat sekali iaitu dua kali ganda daripada yang sebelumnya di antara tahun 2005 dan 2010.

maria rios kisah wanita miskin yang kini bernilai rm120 juta disebabkan sampah 3

2 buah trak pada awalnya kini menjadi 21 buah trak dan syarikat ini berkembang kepada 4 unit perniagaan, daripada perkhidmatan pemadatan sisa, kemudiannya berkembang kepada pengitaran semula dan seterusnya kepada tandas mudah alih.

Pada tahun 2013, Maria Rios dinamakan oleh majalah Fortune sebagai "Ten Most Powerful Women Entrepreneurs". Menjelang tahun 2015, Nation Waste memiliki 29 buah trak dan dibantu oleh 41 orang pekerja, dengan nilai syarikat sebanyak RM120 juta. 

maria rios kisah wanita sampah bernilai rm120 juta 6

Kini, Maria Rios Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Nation Waste, Inc. syarikat penyingkiran sisa milik wanita Hispanik pertama di Amerika Syarikat. Dedikasi Maria untuk menyediakan khidmat pelanggan yang berkaliber tinggi telah membolehkan Nation Waste, Inc. menjadi salah satu syarikat penyingkiran buangan milik minoriti terbesar di Houston.

"Siapa jangkakan bahawa seorang kanak-kanak yang datang ke Amerika Syarikat dari El Salvador mampu mencapai impiannya sebegini besar. Ketekunan ini telah terbayar dan sayalah buktinya," jelas Maria.

Rujukan:

1. CNBC

2. Medium

3. Development




Hakcipta iluminasi.com (2017)