Setelah Google membuat pengstrukturan syarikat pada 2015 dengan menubuhkan Alphabet Inc sebagai syarikat induknya, Sundar Pichai dilantik sebagai CEO Google yang baru menggantikan tempat Larry Page yang diangkat menjadi CEO Alphabet Inc.

Sundar Pichai boleh dikatakan nama yang agak asing bagi bagi kebanyakan orang tetapi beliau sebenarnya mempunyai banyak rekod kejayaan sepanjang bekerja dengan Google. Perlantikannya sebagai CEO Google mendapat perhatian Perdana Menteri India yang mengucapkan tahniah kepadanya secara peribadi. Untuk pengetahuan, beliau berasal dari India dan perlantikannya sebagai CEO Google seolah-oleh mengiktiraf India sebagai salah sebuah negara yang berkembang maju dalam bidang teknologi.

BESARKAN TEKS     A-  A+

sundar pichai kebanggaan rakyat india

Kali ini, pihak iluminasi ingin berkongsi serba sedikit latar belakang Sundar Pichai dan beberapa kejayaan awal yang dikecapi bersama Google.

Latarbelakang Keluarga

Sundar Pichai datang dari sebuah keluar yang miskin. Lahir pada 1972, beliau membesar di Chennai, India dan tinggal bersama ibu bapa dan adik lelakinya. Kerana kemiskinan, keluarganya hanya mampu menetap di sebuah rumah 2 bilik dimana beliau dan adiknya hanya tidur di ruang tamu. Keluarganya juga tidak mempunyai televisyen dan telefon di rumah.

Semenjak kecil, beliau mempunyai kelebihan untuk mengingati nombor yang panjang. Sundar juga mempunyai minat terhadap komputer dan perisian pertamanya adalah berkaitan permainan catur. Setelah tamat persekolahan, beliau menyambung pelajaran di Indian Institute of Technology Kharagpur dalam bidang kejuruteraan metalurgi.

Latarbelakang Pendidikan

Dengan keputusannya yang cemerlang, beliau ditawarkan biasiswa untuk melanjutkan pengajian di Stanford University. Setelah menamatkan pengajian di Stanford, beliau menyambung pula pengajian di University of Pennsylvania dalam bidang MBA. Pada bulan April 2004, beliau mendapat peluang untuk ditemuramah oleh Google.

google search toolbar

Setelah ditawarkan kerja oleh Google, tugasan awalnya adalah membangunkan fungsi carian Google pada pelayar web (Google search toolbar). Fungsi carian yang dibinanya menjadi sangat penting pada 2006 apabila enjian carian Bing yang dimiliki oleh Microsoft telah dijadikan enjin carian default pada pelayar Internet Explorer. Toolbar yang dibinanya membolehkan pelayar internet menggunakan carian Google dengan lebih mudah walaupun enjin carian Bing telah ditetapkan sebagai enjin carian default dalam pelayar web.

4 Kejayaan Besar Bersama Google

  1. Chrome: Kesukaran untuk bersaing dengan Bing kerana enjin carian Bing telah dijadikan enjin carian default di Internet Explorer telah memberikan idea kepada Sundar Pichai untuk membangunkan pelayar webnya sendiri. Oleh itu, beliau mencadangkan kepada 2 orang pengasas Google, Larry Page dan Sergey Brin agar Google turut membangunkan pelayar web mereka sendiri. Maka lahirlah pelayar web Chrome yang juga merupakan pelayar web paling popular dunia pada ketika ini. Idea dan kejayaan Chrome merupakan batu loncatan terawal kerjaya beliau di Google.
  2. Android: Pada 2013 beliau telah diberi peluang untuk mengetuai pembangunan Android. Antara kejayaannya pada ketika ini adalah berjaya mengintegrasikan fungsi Android dengan produk-produk Google seperti Gmail, Google Play dan banyak lagi.
  3. Nest: Beliau juga memainkan peranan besar dalam pengambilan syarikat Nest dengan nilai pembelian kira-kira RM 13.5. Nest adalah sebuah syarikat yang membangunkan produk-produk dan teknologi untuk pembinaan 'rumah pintar'.
  4. Chrome OS dan Chromebook: Selain itu, beliau juga bertanggungjawab dalam pembangunan sistem operasi Chrome yang digelar Chrome OS yang digunakan oleh komputer riba keluaran Google yang dikenali sebagai Chromebook.

Walaupun pernah ditawarkan gaji yang lebih lumayan oleh beberapa syarikat luar seperti Twitter, beliau mengambil keputusan untuk terus kekal bersama Google.

Dengan beberapa kejayaannya bersama Google antaranya seperti yang dinyatakan di atas serta keputusannya untuk terus bersama Google, maka tidak hairanlah beliau diangkat sebagai CEO Google yang baru.

Kredit:

  1. Business Insider
  2. WikiPedia
  3. Nest



Hakcipta iluminasi.com (2017)