Oleh pada 05 May 2017 kategori

ilasaasam

Jika di Malaysia, bidang senibina landskap boleh dikatakan bidang yang underrated di kalangan masyarakat. Pengaruh yang ada pula tidak meluas seperti bidang lain seperti kejuruteraan, perubatan, perguruan dan sebagainya. Jika sebut mengenai senibina, ramai membayangkan arkitek dengan pelan bangunannya. Namun tahukah anda, bidang senibina landskap adalah sub kepada bidang senibina(bangunan) yang telah memberi impak yang sangat besar dalam pembangunan dan kemajuan di Malaysia. Jika di negara barat, profession senibina landskap amat dipandang tinggi kerana mempunyai perkaitan yang rapat dengan bidang perancangan bandar. Ini kerana kedua bidang inilah yang telah banyak mencorak budaya dan gaya hidup orang barat dalam konteks hubungan manusia dengan alam sekitar.

Pemikir barat telah lama membicarakan kelestarian alam sekitar yang perlu bergerak seiring dengan kemajuan pembangunan. Dalam erti kata lain seorang landskap arkitek dianggap sebagai khalifah di muka bumi. Jika di Malaysia pula, persepsi masyarakat tentang bidang landskap ialah sekadar tanam pokok dan mencantikkan halaman rumah dan sebagainya. Jika kita lihat 50 tahun dahulu, mungkin ada rasionalnya.

penang city hall in george town penang island

Tetapi pada era ini, profession senibina landskap bukan tertumpu kepada nilai estetika semata-mata, tetapi merangkumi pelbagai aspek termasuk bertanggungjawab memastikan kecukupan kawasan hijau disamping berperanan membentuk fungsi sosial dikawasan tertentu supaya kawasan dibangunkan itu hidup. Lebih menarik, bidang ini tidak hanya memfokuskan kepada pembangunan, tetapi mengambil kira aspek pengekalan sesuatu tinggalan sejarah, ekosistem dan habitat haiwan. Senibina landskap juga melibatkan usaha membaikpulih, memelihara dan memulihara ekosistem.

setia eco glades cyberjaya

Antara impak terbesar dalam profession ini ialah menaikkan nilai hartanah sesuatu kawasan yang dibangunkan. Sedia maklum bahawa kawasan bandar seperti Kuala Lumpur, Goergetown dan Johor Bahru diantara tempat yang mempunyai nilai hartanah yang sangat tinggi berbanding luar bandar. Pemaju gemar memasukkan elemen landskap untuk digabungkan dengan hartanah yang bakal dijual. Dalam erti kata lain, jika rumah yang anda beli itu lengkap dengan kemudahan seperti taman rekreasi dan tasik dan pelbagai tumbuhan yang memberi ketenangan kepada pemiliknya, maka harga yang ditawarkan pula makin tinggi. Lebih menarik, kawasan rumah moden anda itu terdapat saliran(longkang) semulajadi dan pelbagai pokok hutan menghiasi sepanjang susur masuk ke rumah anda. 

Jika hartanah seperti kondominium atau apartmen, pemaju sering menawarkan pakej rumah yang ada ruang untuk bercucuk tanam. Ia bagi menarik minat pembeli kerana rata- rata mereka tidak  berpeluang memiliki rumah atas tanah, dan masih menginginkan suasana kediaman yang hijau ditambah pula rumah yang mengadap permandangan indah seperti bukit bukau ataupun kota raya. Antara nama besar yang begitu terpengaruh dalam memajukan pembangunan lestari(sustainable development) seperti SP Setia, Eco World, Glomac, Sime Darby dan banyak lagi. Kebanyakan projek mereka sangat memberi fokus kepada pembangunan kawasan hijau supaya pembeli di bandar dapat menikmati suasana alam sekitar yang kondusif.

setia eco glades cyberjaya 17830

Selain itu, terdapat ratusan syarikat jururunding landskap yang ada di Malaysia khususnya di bandar yang pesat membangun. Malah NGO yang bertanggungjawab menjadi tulang belakang dalam memperkasakan bidang ini di Malaysia seperti Institute of Landscape Architects Malaysia(ILAM), telah wujud sejak 1981 lagi. Bidang ini diiktiraf sebagai professional di mana untuk menjadi arkitek landskap yang bertauliah, seseorang perlu mengambil peperiksaan khas. Jika melepasi merit tertentu barulah individu itu akan diiktiraf sebagai Landskap Arkitek(LAr.).

Tetapi apa yang menjadi kerisauan ialah masih belum ada akta rasmi mengenai hal-hal berkaitan landskap di Malaysia. Jika ada, ia masih tertakluk di bawah profession perancang bandar dan desa, dan agak memberi kesan jika berlaku sebarang hal undang-undang. Isu ini telah lama diperjuangkan oleh ILAM dan sehingga kini masih diusahakan untuk dibawa ke peringkat parlimen. Akta landskap dilihat sebagai keperluan demi melindungi polisi yang dibawa oleh pengamal senibina landskap di Malaysia di samping menjadi penanda aras kepada profession ini. 

Pada 22 April yang lalu, ILAM telah melancarkan Landscape Architecture Agenda 2050 (LAA2050) pada perasmian ILAM MLAA Awards Gala Night 2017.  LAA2050 telah menggariskan 10 fokus utama yang menjadi misi dalam memperkasakan profession senibina landskap untuk 30 tahun akan datan.

laa 2050

Diharap perkongsian ini memberi sedikit gambaran tentang kepentingan profession senibina landskap dalam memajukan pembangunan di Malaysia. Untuk maklumat terperinci mengenai LAA 2050 atau berkaitan, anda boleh melayari laman web rasmi ILAM, www.ilamalaysia.org.


tags : , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)