Seekor kucing telah menjadi hero apabila berjaya menyelamatkan sebuah keluarga daripada kelemasan akibat gas beracun karbon monoksida. Pada kira-kira pukul 1 pagi pada 4 Februari, Annetee Shanahan yang berasal daripada Winconsin memberitahu bahawa beliau berasa sangat lemah dan pengsan di atas kerusi dalam bilik tidurnya.

Tiba-tiba, Gracie, kucing peliharan keluar tersebut mengetuk-ngetuk pintu bilik tidur mereka. Untuk menghentikan perbuatan kucing tersebut, suami Annetee, Kevin bangun daripada tidur untuk membuka pintu. Ketika itulah beliau perasan isteri beliau sedang duduk tidak sedarkan diri di kerusi berhampiran. Beliau segera menghubungi talian kecemasan untuk mendapatkan bantuan

Kevin berjaya, jika bukan akibat tindakan pantas Gracie, mereka mungkin sudah mati kelemasan.

Hasil dari penyiasatan mendapati bahawa peratusan tinggi karbon monokside itu adalah berpunca dari sistem air panas yang tidak berfungsi.

Seorang pakar veterinar, Katy Nelson berkata gas karbon monoksida akan dapat dihidu oleh kucing lebih cepat daripada manusia. Oleh sebab itu, Gracie dapat mengesan peningkatan kandungan gas beracun monoksida pada waktu kejadian.

kucing comel 193

Kisah binatang peliharaan menyelamatkan tuan mereka bukanlah sesuatu yang asing. Sudah banyak kisah-kisah seperti ini yang kita pernah dengan dari seluruh dunia. Mungkin ini balasan dan ganjaran dari Tuhan untuk mereka yang ikhlas menjaga binatang peliharaan.

gambar annetee shanahan dan suami




Hakcipta iluminasi.com (2017)