Oleh pada 30 May 2019 kategori

Abdullah b. Ubai b. Salul, adalah pemimpin golongan munafik. Sepanjang hidupnya, dia bekerja keras dengan menghina Rasulullah S.A.W, mencegah perkembangan Islam dan melagakan umat Islam antara satu sama lain.

Abdullah melakukan serangan terhadap reputasi atau integriti terhadap ramai orang dalam merealisasikan niatnya.

Dia juga telah melakukan banyak perkara untuk menghancurkan perpaduan di kalangan umat Islam ketika mana umat Islam sangat memerlukan perpaduan yang kuat.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Walau bagaimanapun, semua cubaannya gagal kerana bantuan Allah SWT dan langkah berjaga-jaga oleh Rasulullah S.A.W.

Oleh kerana segala kemungkaran dan kejahatan yang dilakukan oleh organisasi jahat yang diketuai Abdullah, banyak ayat dan bahkan satu surah lengkap yang diberi nama "al-Munafiqun" telah diturunkan

Oleh itu, Rasulullah bertindak dengan hati-hati dalam menentang mereka, mengawal sikap mereka dan mengambil langkah berjaga-jaga terhadap rancangan mereka yang bertujuan untuk memecahkan perpaduan dan solidariti masyarakat Islam.

Abdullah, yang menggunakan segala cara yang ada untuk memecahkan perpaduan masyarakat Islam, meninggal dunia pada bulan Zulkaedah pada tahun ke-9 Hijrah.

Rasulullah S.A.W solatkan jenazah Abdullah bin Ubay

kisah kematian abdullah bin ubay ketua munafik 2

Walaupun Abdullah bin Ubai merupakan pemimpin orang munafik, namun anaknya yang juga bernama Abdullah, merupakan seorang umat Islam yang sangat jujur dan alim. Ini menunjukkan kekuasaan dan kehebatan Allah S.W.T.

Selepas kematian bapanya, Abdullah si anak bertemu dengan Rasulullah S.A.W dan berkata, "Wahai pesuruh Allah, bolehkah engkau memberikan aku baju kamu? Aku mahu membaluti tubuh bapaku,". Kemudian beliau berkata lagi, "Wahai Rasulullah, bolehkah engkau solatkan bapaku dan memohon ampun baginya?,".

Dan apa yang berlaku adalah sangat mengejutkan di mana Rasulullah membuka bajunya dan memberikan kepada Abdullah untuk membaluti mayat bapanya.

Ini kerana sebahagian besar daripada hidup Abdullah bin Ubai yang membuat perancangan menentang Islam, namun masih dibantu Rasulullah S.A.W ketika dia mati.

Kemudian Rasulullah S.A.W berkata, "Khabarkan kepadaku apabila jenazah bapamu sudah sedia, aku akan mengetuai solat jenazahnya,".

Ditegur Hazrat Umar

kisah kematian abdullah bin ubay ketua munafik 3

Abdullah pun menyiapkan jenazah bapanya seperti mana yang kita tahu.

Dan ketika Rasulullah S.A.W bangun untuk mengetuai solat jenazah, Hazrat Umar memegang pakaian baginda dan berkata, "Wahai Rasulullah, bukankah Allah melarang untuk melakukan solat jenazah bagi orang munafiq?,".

Rasulullah S.A.W kemudiannya tersenyum dan berkata, "Aku bebas untuk memohon keampunan bagi mereka dan aku telah membuat keputusanku. Allah S.W.T telah menjelaskan dalam al-Quran, "(Orang-orang munafik itu) sama sahaja engkau meminta ampun untuk mereka atau engkau tidak meminta ampun bagi mereka. Jika engkau (wahai Muhammad) meminta ampun bagi mereka tujuh puluh kali (sekalipun) maka Allah tidak sekali-kali mengampunkan mereka; yang demikian itu, kerana mereka telah kufur kepada Allah dan RasulNya; dan Allah tidak akan memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang fasik. (at-Tawba, 80)".

Lalu, Rasulullah S.A.W pun melakukan solat jenazah ke atas Abdullah bin Ubai dan pergi kuburnya.

Tak lama kemudian, Rasulullah S.A.W diberikan perintah oleh Allah S.W.T berkenaan jenazah orang munafik:

"Dan janganlah kamu berdoa untuk sesiapa yang mati, dan janganlah kamu berdiri di kuburnya, kerana mereka telah menolak Allah dan Rasul-Nya dan mati dalam keadaan pemberontakan yang jahat." 

Selepas kejadian ini, Rasulullah S.A.W tidak lagi mengetuai solat jenazah atau menziarahi kubur orang munafik.

perang zaman nabi muhammad s a w

Terdapat banyak sebab di sebalik kisah Rasulullah S.A.W memimpin solat jenazah seorang yang berusaha keras untuk memecah belahkan masyarakat Islam sepanjang hidupnya. 

Sebab yang paling penting adalah untuk membuat orang yang berkumpul di sekelilingnya mempunyai kepercayaan.

Sebenarnya, ketika Rasulullah S.A.W ditanyakan mengapa baginda memberikan baju dan mengetuai solat jenazah Abdullah b. Ubai b. Salul, baginda memberi jawapan berikut:

"Baju aku dan solat jenazah yang dilakukan tidak akan dapat menyelamatkannya daripada seksaan Allah. Akan tetapi, aku berharap agar orang dari kaumnya akan menjadi umat Islam yang ikhlas kerana perbuatan tersebut. "

Malah, beribu orang telah memeluk Islam apabila mereka menyaksikan bagaimana Rasulullah S.A.W melayan Abdullah bin Ubai dengan begitu sopan dan baik.

Hazrat Umar menyesal dengan tindakannya dan berkata, "Allah dan pesuruh-Nya lebih tahu segala perkara,".

Rujukan:

1. Questions on Islam

2. Kompasiana

3. Wiki




Hakcipta iluminasi.com (2017)