Setiap agama atau etnik mempunyai ritual pengebumian masing-masing. Bagi orang Islam dan Kristian, biasanya jasad mayat akan dikebumikan. Ada juga agama yang membakar mayat sehingga menjadi abu.

Etnik Bo dan Guyue yang berasal dari selatan China tidak menanam mayat penduduk yang mati daripada etnik mereka. Sebaliknya, mereka akan meletakkan jasad mayat tersebut dalam keranda dan menggantungkan keranda tersebut di tebing bukit yang tinggi.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Dikatakan ritual pengebumian unik ini bukan sahaja diamalkan oleh etnik Bo dan Guyue dari China, tetapi turut diamalkan oleh beberapa etnik kecil yang tinggal di beberapa negara seluruh Asia seperti Filipina dan Indonesia. Persoalannya, mengapakah keranda ini digantung?

Sebab keranda digantung

ritual pengebumian pelik

Secara umumnya, para sejarawan masih tidak dapat lagi menemui sebarang catatan mengapakah masyarakat etnik ini mengambil keputusan untuk menggantungkan keranda bersama mayat di dalamnya. Ada pendapat yang mengatakan ia memudahkan roh mayat untuk naik ke langit kerana lebih dekat dengan langit.

Selain itu, ada juga yang mendakwa dengan menggantung mayat di tebing bukit ini, ia dapat mengelakkan mayat tersebut dikorek dan dimakan oleh binatang-binatang buas dan dirosakkan oleh manusia. Malah, amalan ini dikatakan juga dapat memastikan tanah-tanah bebas daripada sebarang mayat agar ianya dapat dimanfaatkan untuk tujuan pertanian.

Pada masa kini, keranda-keranda yang masih tergantung ini masih dapat dilihat di kawasan selatan dan tengah China, terutamanya di kawasan terpencil sepanjang Sungai Yangtze yang mengalir daripada Himalaya ke pantai timur China.

Keranda-keranda yang digunakan ini tidak mempunyai bentuk yang standard tetapi biasanya dihasilkan daripada satu batang pokok, biasanya yang berlubang di bahagian tengah-tengahnya atau diperbuat daripada beberapa lapisan kayu. Keranda ini biasanya disusun rapat ke dinding bukit dan bersusun dari atas ke bawah.

Misteri yang belum dapat dirungkai

keranda di gua

Kerja-kerja menggantung keranda ini pada dinding bukit yang curam bukanlah tugas yang mudah. Malah, berat keranda dan jasad di dalamnya menyukarkan usaha menggantung keranda di pada dinding bukit.

Bagaimana masyarakat etnik ini menggantung keranda ini masih menjadi misteri dan tanda tanya. Bagi keranda yang terletak berhampiran dengan puncak atau bahagian atas bukit, ianya mungkin lebih mudah kerana keranda tersebut boleh diturunkan daripada atas menggunakan tali.

Bagi keranda yang berada hampir dengan tanah, ianya mungkin tidak begitu sukar kerana boleh dinaikkan menggunakan tangga. Penemuan kesan-kesan takuk pada permukaan batu di beberapa tempat menunjukkan besar kemungkinan perancah (scaffold) digunakan untuk meletakkan keranda pada lokasi yang diingini.

keranda tergantung 224

Etnik Bo ini dikatakan sudah pupus daripada muka bumi sejak 400 tahun lalu dipercayai telah dibunuh oleh Dinasti Ming ketika mana pemerintah ketika itu melakukan pembersihan etnik minoriti di kawasan barat daya China.

Bagi mengelakkan tekanan, masyarakat etnik ini dipercayai telah bermigrasi ke tempat lain dan berasimilasi dengan penduduk pribumi tempatan

Terdapat ratusan keranda tergantung yang masih dapat dilihat di kawasan Sichuan, Yunna dan Guizhou tetapi sebahagiannya telahpun jatuh rebah ke bumi. Selain daripada 3 daerah ini, dipercayai masih terdapat ratusan keranda tergantung yang masih wujud di bahagian selatan China.

Kredit:

  1. CNN Travel
  2. Wikipedia
  3. South China Morning Post



Hakcipta iluminasi.com (2017)