Oleh pada 24 Jun 2020 kategori

Ahli konservasi alam sekitar telah memberi amaran bahawa pandemik koronavirus boleh mencetuskan lonjakan terhadap pencemaran laut, iaitu menambah banyak sampah plastik yang sudah lama mengancam kehidupan laut.

Ini selepas mereka  meemukan topeng pakai-buang dalam jumlah yang tersangat banyak terapung-apung seperti obor-obor dan sarung tangan getah terdampar di dasar laut.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Sebuah pertubuhan tak berkeuntungan dikenali sebagai Opération Mer Propre, yang mana antara aktiviti mereka termasuklah mengutip sampah secara berkala di Ivory Coast, telah memberikan amaran keras pada bulan lalu.

Para penyelam menemui apa yang disebut oleh organisasi ini sebagai "sampah-sarap COVID-19", yang terdiri daripada sarung tangan, pelitup muka dan botol-botol pensanitasi tangan di bawah ombak Mediterranean, yang bercampuran dengan sampah-sampah biasa seperti cawan pakai buang dan tin aluminium.

covid 19 buatkan orang ramai pakai pelitup muka 573

Apa yang menakutkan adalah jumlah pelitup muka dan sarung tangan yang ditemui adalah sangat banyak dan mereka juga bimbang bahawa ini mungkin akan menjadi pencemaran jenis baharu yang mungkin akan menjadi sesuatu yang biasa kerana hampir seluruh dunia bergantung kepada produk-produk ini untuk memerangi koronavirus.

"Jika sesuatu tidak dilakukan, ia pasti akan menjadi satu pencemaran baharu," kata Joffrey Peltier dari Opération Mer Propre.

Menurut Laurent Lombart dari Opération Mer Propre, pihak berkuasa telah memesan 2 juta pelitup muka pakai buang di Perancis sahaja dan dengan ini, kita akan berhadapan risiko lebih banyak pelitup muka berbanding obor-obor di Mediterranean.

Organisasi ini berhara bahawa apa yang sedang berlaku ketika ini akan membuatkan orang ramai lebih memilih untuk memakai pelitup muka pakai buang dan membasuh tangan dengan lebih kerap sebagai alternatif kepada sarung tangan lateks.

punca pencemaran baharu oleh covid 19

Joffrey Peltier berkata bahawa dengan semua alternatif yang ada, plastik bukanlah satu-satunya penyelesaian untuk melindungi kita daripada COVID-19.

Pada tahun-tahun sebelum pandemik COVID-19 muncul, para ahli alam sekitar telah memberikan amaran ancaman terhadap lautan dan kehidupan laut disebabkan oleh peningkatan mendadak melibatkan pencemaran plastik.

Menurut UN Environment, sebanyak 13 juta tan plastik dibuang ke lautan setiap tahun, dan laut Medditerranean melihatkan 570,000 tan plastik mencemarkannya setiap tahun.

Untuk melihat perkara ini dengan perspektif lebih murah, ini bersamaan dengan membuang 33.8 botol setiap minit atau 1.13 botol setiap 2 saat ke dalam laut berkenaan.

Angka-angka ini berisiko berkembang dengan lebih dahsyat ketika mana kebanyakan negara di dunia sedang berperang melawan pandemik COVID-19.

pencemaran akibat covid 19 970

Pelitup muka biasanya mengandungi polipropilena dan dengan jangka hayat 450 tahun, pencemaran pelitup muka ini dilihatkan sebagai bom masa terhadap alam sekitar.

Awal tahun ini, OceansAsia yang berpangkalan di Hong Kong menyuarakan kebimbangan yang sama setelah melakukan tinjauan tentang serpihan laut di Pulau Soko yang tidak berpenghuni.

Dalam tinjauan itu, OceansAsia menemui 70 pelitup muka di sepanjang 100 meter pantai Pulau Soko dan seminggu kemudian, sebanyak 30 lagi pelitup muka di bawa ombak ke pantai.

"Dan perkara ini berlaku di sebuah pulau tak berpenghuni yang terletak jauh dari manusia," kata Gary Stokes dari OceansAsia.

Bayangkan bagaimana teruknya pencemaran di negara berkepadatan tinggi yang rata-ratanya populasinya menggunakan pelitup muka?

Kerana ingin tahu sejauh mana pelitup muka tersebut bergerak, Gary mula memeriksa pantai-pantai lain yang berdekatan. Hasilnya, mereka menemui pelitup muka di semua tempat yang diperiksa.

Menurut mereka, sejak masyarakat mula memakai pelitup muka, kesan dan akibat dapat dilihat pada pantai-pantai.

Walaupun sebahagian daripada pencemaran ini boleh dikaitkan dengan kecuaian, namun Garry membuat spekulasi bahawa pelitup muka kadang-kala dibawa oleh angin dari darat, bot dan tempat pembuangan sampah.

"Ia merupakan satu lagi serpihan laut, sama sahaja seperti beg platik yang biasanya terdampar di tepi pantai, yang akan ditinggalkan kepada generasi akan datang sebagai legasi," kata Garry Stokes.

Pencemaran ini sangat mengancam haiwan laut terutamanya ikan lumba-lumba di kawasan tersebut yang menyangka bahawa pelitup muka sebagai makanan.

Rujukan:

1. Guardian

2. BBC

3. CGTN




Hakcipta iluminasi.com (2017)