Kredit foto: Instagram Sharnaaz Ahmad & Kosmo

Aktor Sharnaaz Ahmad meluahkan rasa berang apabila gambar penahanan Datuk Farid Kamil menjadi tular di media sosial.

"Apa pun jadi tentang isu Farid Kamil, kepada 'musibat' yang bocorkan gambar itu, semoga anda dibuka aib pula satu hari kelak.

"Maruah keluarga dia mana nak letak 'kamjat'. Hari ni anda mungkin bahagia, bila Tuhan nak duga belum tentu bang. Terus kuat, Farid," tulisnya di laman Twitter.

Sharnaaz mengatakan setiap manusia yang berbuat dosa boleh dihukum tetapI tidak patut untuk diaibkan.

"Apa aku nak cakap di sini, aku sendiri banyak kali lakukan kesalahan bergaduh, bertumbuk, masuk mahkamah, kena denda dan sebagainya.

"Tetapi siapakah anda atau aku untuk menghukum pesalah? Anda juri tetap? Anda hakim? Anda ketua agama? Atau anda yang kena 'tibai'? Tentu bukan, manusia yang melakukan kesalahan boleh dihukum TETAPI BUKANLAH UNTUK DIAIBKAN!!!" cetusnya di laman Instagram.

Sementara itu, Sharnaaz menegaskan pelakon berusia 37 tahun itu bukanlah berperangai buruk seperti yang dicanang orang.

"Farid Kamil adalah idola aku. Filem Anak Halal, lakonan 'padu' bro, dan dia adalah hero pertama ketika aku berlakon dalam industri. Masa itu aku kali pertama jalani penggambaran telefilem sparring dengan beliau dan dia adalah seorang yang sangat baik. Cuma mula agak 'kerek' sikit, tapi dah berkenalan terus jadi sahabat.

"Farid, aku tahu kau bukan ini macam punya orang, kami kawan mesti sokong kau apa cara pun. Jangan ingat tak ada orang di belakang kau. Kami doa semoga ALLAH permudahkan dan ringankan dugaan kamu dan keluarga," luahnya lagi.

Di kesempatan yang sama, Sharnaaz memberikan kata-kata semangat buat Farid agar bangkit daripada kontroversi yang menjatuhkannya itu.

"Dan akhir aku nak cakap. Manusia yang hebat adalah manusia yang berani bangkit selepas tewas. Dan aku percaya Farid adalah manusia hebat itu," kongsinya.

Sharnaaz juga berharap Datin Diana Danielle akan terus kuat menghadapi musibah itu. 

"Dan kepada Diana Danielle, suami kau teruk kena, jangan putus asa Diana. Kami sayang kamu dua orang. Kekuatan dia ada pada kau. Masalah boleh selesai Insya-ALLAH kalau sama-sama matang dan redha," tulisnya.

Farid kini direman empat hari untuk siasatan lanjut susulan kes serangan terhadap seorang anggota polis serta dua orang awam di Balai Polis Trafik Kota Damansara, 11 Januari lalu. 

Sumber berita: Sinar Harian




Hakcipta iluminasi.com (2017)