kenderaan paling efisien 597

Setiap tahun, beberapa pasukan dari seluruh dunia akan datang ke trek yang dibina khas di Sweden untuk menguji kenderaan cekap tenaga mereka yang dirancang untuk menempuh jarak paling lama dengan bahan bakar paling seminimum mungkin.

Peserta ditugaskan untuk memandu kenderaan mereka di landasan kereta api khas sejauh 3.36 kilometer sambil membawa jumlah enam penumpang dengan berat rata-rata 50kg setiap orang. Itu bermakna, setiap kenderaan akan membawa 300 kg muatan penumpang. 

Setelah melintasi garisan penamat, tenaga yang digunakan oleh setiap kenderaan kemudian dibahagi dengan jumlah penumpang yang menaiki kenderaan. Sejak memasuki pertandingan ini 4 tahun yang lalu, kenderaan yang diberi nama Eximus IV telah menjadi legenda pertandingan apabila memenangi pertandingan ini setiap tahun.

Penganjur pertandingan ini, Delsbo Electric mengatakan bahawa semua kenderaan elektrik yang mengambil bahagian dalam pertandingan pada tahun 2020 sangat cekap tenaga sehinggakan kesemuanya menggunakan sedikit tenaga daripada lampu depan sebuah kereta biasa.

Rekod terbaru

kenderaan jimat minyak 246

Penggunaan tenaga untuk kenderaan yang mengambil bahagian diukur dalam unit watt-jam dan kemudian dibahagi dengan jumlah penumpang yang menaiki kenderaan. Pada tahun pertamanya dalam pertandingan anjuran Delsbo Electric ini, Eximus IV, yang terbuat dari bahan pesawat ultra ringan, memenangi tempat pertama dengan 0.840 Wh/orang-km, tetapi telah bertambah baik dalam catatan itu setiap tahun.

Tahun lalu, pasukan Eximus IV yang merupakan kolaborasi antara Dalarna University dan Chalmers Technical University di Sweden sekali lagi mencipta rekod baru dengan rekod 0.603 Wh/orang-km. Terdapat pengurangan penggunaan tenaga  daripada tahun sebelumnya.

Terbaru, pada tahun 2020, pasukan Eximus mencapai kecekapan tenaga 0.517 Wh/orang-km, menetapkan rekod baru untuk kenderaan yang paling cekap tenaga. Pencapaian ini sungguh membanggakan kerana terdapat peningkatan pencapaian daripada tahun-tahun sebelumnya.

Yang jelas, semua kenderaan yang bersaing dalam pertandingan ini sangat menjimatkan bahan bakar, menggunakan tenaga kurang daripada lampu depan kereta biasa. Namun, tidak ada yang boleh mencatatkan rekod hampir dengan Eximus IV. 

Paling efisien

eximus

CTO Delsbo Electric, Profesor Henrik Rödjegård mengatakan secara teori Eximus IV dapat mengangkut orang hampir separuh dunia menggunakan tenaga yang terkandung dalam 1 liter (0.26 gal) petrol!

Menariknya, walaupun perlumbaan di Delsbo Electric sangat kompetitif, ia juga sangat perlahan. Seseorang individu boleh mengikuti kenderaan peserta dengan mudah sambil mengayuh basikal. Namun, itu tidaklah menjadi masalah kerana fokus pertandingan ini adalah mengenai kecekapan bahan bakar, bukan kelajuan. 

Trek yang dibina khas di Delsbo Electric dilengkapi dengan alat pengnukur canggih yang membolehkan pasukan memantau prestasi kenderaan dengan teliti dalam masa nyata. Keseluruhan trek dilengkapi dengan alat pengukur canggih yang memungkinkannya menangkap data prestasi kenderaan dua ribu kali sesaat. 

Ini membolehkan pasukan Eximus IV mengesan kenaikan penggunaan tenaga yang luar biasa semasa pusingan pertama dan membuat pengubahsuaian segera. Peningkatan penggunaan tenaga ini disebabkan oleh jurang 8 mm antara roda dan satu tempat di rel.

Setelah mengenalpasti masalah ini mereka telahmembuat penyesuaian yang diperlukan pada jarak roda dan terus mencipta rekod dunia baru.

Kajian kecekapan penggunaan bahan bakar

Mungkin ada yang menyangka bahawa pertandingan ini hanyalah sia-sia memandangkan Eximus IV bergerak begitu perlahan - dalam dunia nyata, tiada siapa yang akan memandu seperlahan itu. Malah, penggunaan trek khas yang dibina oleh Delsbo Electric yang hanyalah rata mungkin tidak mencerminkan permukaan jalan raya yang sebenar.

Namun, walaupun Eximus IV bukan kenderaan yang dihasilkan secara besar-besaran, inovasi yang diciptakan oleh penciptanya setiap tahun membantu penyelidikan lebih lanjut dalam bidang kecekapan bahan bakar untuk kenderaan komersial.

Kejayaan Eximus IV ini disebabkan oleh penggunaan bahan ringan dan aerodinamik, menggunakan bahan pesawat ultra ringan bersama dengan motor dan roda baru dan melakukan "pengujian terowong angin yang luas" walaupun dengan "perlumbaan" yang agak perlahan seperti yang anda dapat lihat dalam video di atas.

Pada masa akan datang, Delsbo Electric mengatakan ia akan menambah titik data tambahan seperti sensor angin dan suhu untuk membantu pasukan membuat mesin ultra-efisien tenaga yang lebih maju.

Kredit:

  1. Interesting Engineering
  2. New Atkas


Hakcipta iluminasi.com (2017)