Kredit foto: Instagram Fasha Sandha

Aktres Fasha Sandha berharap dapat bertemu jodoh setanding dengan seorang pengantin lelaki dalam sebuah video yang dikongsi di Instagram.

Dalam kiriman itu, hati wanita Fasha tersentuh melihat pengantin lelaki yang menangis ketika sesi menyarungkan cincin perkahwinan.

Lelaki yang mengenakan jubah hijau berserta kopiah itu kelihatan malu-malu untuk bersentuhan walaupun wanita di sebelahnya baru sahaja disahkan sebagai isteri.

Kenyataan itu juga seakan membayangkan Fasha sudah terbuka hati untuk menerima semula kehadiran lelaki dalam hidupnya.

fasha sandha tersentuh lihat pengantin lelaki 2

Kredit foto: Instagram Fasha Sandha

Manisnya. Semoga Allah berikan jodoh keduaku dengan lelaki sebaik ini. Amin.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen turut sama mendoakan agar aktres jelita itu dapat menemui lelaki impian yang dicari-cari.

Tak kurang, kiriman itu juga menarik perhatian usahawan kosmetik, Datuk Vida yang juga sama mendoakan kesejahteraan Fasha. 

"Boleh sayang, yang terbaik untukmu, sayang. Saya juga. Muah," tulis Vida.

Terdahulu, perkahwinan Fasha dan bekas suami, Jejai berakhir dengan perceraian pada 20 Januari 2016. Sepanjang perkahwinan mereka dikurniakan dua anak, Putra Rayfal dan Putri Raysha.




Hakcipta iluminasi.com (2017)