Aktor Farid Kamil membuat 'kemunculan' semula di laman Instagram selepas terpalit dengan kontroversi minggu lalu.

Kiriman itu memaparkan foto poster drama terbaharunya, Lafazkan Kalimah Cintamu yang kini ditayangkan di saluran Astro Ria.

Dalam masa sama, Farid menyertakan kaspyen ringkas berbunyi, "Now Showing... #lafazkankalimahcintamu #trending ding". 

Hanya dalam tempoh sehari dimuat naik, entri itu meraih hampir 60,000 tanda suka dan 2,000 komen daripada netizen.

Rata-rata mereka meluahkan rasa gembira kerana aktor sensasi itu sudah kembali menyapa para peminat selepas isu panas yang berlaku baru-baru ini. 

Di kesempatan yang sama, netizen memberikan kata-kata perangsang agar Farid bangkit daripada musibah lalu.

kemunculan semula farid kamil curi perhatian 2 779

Kredit foto: Instagram Farid Kamil

Sumber berita: Sinar Harian 




Hakcipta iluminasi.com (2017)