Oleh pada 14 Sep 2017 kategori

united kingdom kerajaan bersekutu

Apabila berbualkan mengenai United Kingdom, pasti ada yang terkeliru di antara UK, Great Britain, Britain, England, Ireland dan Kepulauan British. Ramai yang terlalu kerap tertukar-tukar menggunakan terma-terma ini.

Ada yang nak maksudkan England, tetapi disebutnya United Kingdom, ada yang nak maksudkan Ireland, juga digunakan United Kingdom.

kepulauan atlantik

Mengapa ada terlalu banyak terma untuk negara-negara ini, dan negara-negara mana yang tergolong dalam terma-terma ini?

Jom kita bezakan yang mana satu.

United Kingdom

bendera united kingdom

United Kingdom biasanya disebut sebagai UK. Namun, United Kingdom sendiri juga merupakan singkatan kepada nama penuhnya, United Kingdom of Great Britain dan Ireland Utara.

Ia mengandungi 4 buah negara komponen, iaitu England, Scotland, Wales dan Ireland Utara. Jika anda mahu maksudkan keempat-empat negara ini, anda boleh gunakan terma "UK" atau United Kingdom.

asal usul bendera union jack

united kingdom 372

Ramai yang tersalah anggap United Kingdom itu adalah England. Walaupun England adalah negara terbesar dalam UK, ia hanyalah satu komponen daripada 4 negara UK. Jadi, jika anda melawat ke sesebuah tempat seperti Edingburgh, Scotland, anda tak melawat ke England, tetapi melawat Scotland, atau UK.

Great Britain

bendera great britain

Great Britain adalah nama bagi pulau yang terbesar dalam Kepulauan British. Ia terdiri daripada 3 buah negara iaitu England, Scotland, dan Wales. Great Britain juga disalahanggap sebagai UK, dan digunakan secara berganti-ganti.

Seperti yang anda boleh lihat, perbezaan kepada kedua-dua terma ini adalah United Kingdom termasuk Ireland Utara, manakala Great Britain tidak. Jadi jika anda ingin maksudkan Great Britain, adalah menjadi satu kesalahan jika anda menggunakan terma UK, kerana ia akan menyinggung perasaan rakyat Ireland Utara.

Kalau anda silap gunakan sebelum ini, jangan risau, anda tak keseorangan. Pasukan Olimpik rasmi UK sendiri menggelarkan diri mereka "Team GB", namun mempunyai atlet daripada Ireland Utara.

Ireland

republik ireland

Ireland merupakan pulau kedua terbesar dalam Kepulauan British selepas England. Ireland terbahagi kepada dua bahagian, iaitu Ireland Utara yang mempunyai kaitan dengan UK, dan negara Ireland bebas iaitu Republik Ireland.

Republik Ireland biasanya hanya disingkatka menjadi Ireland, tetapi untuk mengelakkan kekeliruan, adalah lebih baik menggunakan nama penuh, sama ada Ireland Utara atau Republik Ireland.

Ireland berpecah kepada dua bahagian lebih 90 tahun lalu apabila berperang dengan pemerintah British. Bahagian selatan kini adalah Republik Ireland, dan peperangan itu mencetuskan pergolakan yang lama dan kekacauan di Ireland Utara, yang masih sebahagian daripada UK.

Bagi penggunaan bendera, Republik Ireland menggunakan bendera seperti di atas manakala bendera rasmi Ireland Utara adalah Union Jack.

Kepulauan British

bendera kepulauan british

Bagi nama Kepulauan British pula, ia adalah kumpulan bagi kira-kira 6,000 buah pulau kecil yang berada di sekeliling Great Britain dan Ireland, dan termasuklah Great Britian dan Ireland (Republik Ireland dan Ireland Utara).

Secara geografinya, ia tidak merujuk kepada mana-mana tertentu. Namun ia tetap menjadi kontroversi politik kerana ia termasuk dengan Republik Ireland, walaupun ramai rakyat Republik Ireland yang tak menganggap diri mereka sebagai "British" atau orang Inggeris.

kepulauan british

kepulauan british 2

Malah, Republik Ireland tidak mengiktiraf terma "Kepulauan British" ini dan beranggapan ia patut ditukar kepada "British dan Kepulauan Ireland". Lebih mudah dan untuk mengelakkan konflik, lebih baik gunakan terma "Kepulauan Atlantik".

Britain

Ini yang sangat mengelirukan. Britain sangat selalu dianggap sebagai singkatan kepada UK. Namun, Britain adalah satu entiti politik yang tidak lagi wujud di dunia. Kita mengetahui bahawa Great Britain terdiri daripada England, Scotland dan Wales, namun "Britain" itu sendiri adalah istilah kuno kepada wilayah Rom, iaitu Britannia.

Ia juga dikenali sebagai "Britannia Major" untuk membezakan dengan Britannia Minor yang kini merupakan kawasan Perancis. Scotland pula tak pernah dijajah oleh Rom, jadi terma Britain, adalah hanya untuk negara England dan Wales SAHAJA.

Jadi, kemungkinan besar mereka yang menggunakan terma "Britain", sebagai singkatan kepada Great Britain, kecuali anda hidup di zaman kuno Britain.

Wallahualam.


tags : , , , , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)