Oleh pada 14 May 2017 kategori

"Aqalliyyah" (minoriti) bermaksud tidak turut serta dalam bermasyarakat atau kehidupan bernegara.

Jadi yang sebetulnya kita tidak boleh menamai non-muslim sebagai minoriti kerana mereka mempunyai hak & kewajipan yang sama seperti kita dalam bernegara dan bermayarakat. Hal hidup bernegara ada dalam bab "fiqh muwathanah" (fiqh kewarganegaraan).

Orang muslim ada di serata dunia dan menjalani hidup yang berlainan berdasarkan negara itu :

BESARKAN TEKS     A-  A+

  • Ada warganegara yang anti Islam serta anti kaum muslim; seperti di Makkah.
  • Ada warganegara yang menghormati Islam tetapi tidak meyakininya; seperti di Habsyah.
  • Ada warganegara yang terdiri dari pelbagai suku dan kepercayaan; seperti di Madinah terdahulu
  • Ada warganegara yang menghormati Islam & meyakininya.

Tak kiralah dalam bentuk negara yang bagaimanapun, umat Islam yang menjadi warganegara dalam negara itu perlu mempunyai jiwa nasionalisme dan kecintaan pada negaranya pada masa sama berkerjasama dengan lapisan masyarakat yang lain.

Kita tidak ada bab "fiqh aqalliyah" kerana ianya bererti menyepikan diri dari masyarakat. Yang ada cuma "fiqh muwathanah".

Kita ingin umat Islam melakukan "indimaaj" (bergabung) atau dalam bahasa yang mudah difahami "integrasi" dengan masyarakat lain tidak kira di mana mereka hidup, saling berkasih sayang antara satu sama lain tanpa meninggalkan nilai-nilai agama Islam yang diyakininya.

Contohilah Rasulullah yang dimusuhi kerana agama yang Baginda bawa. Namun Bagina tetap hidup bermasyarakat. Hinggakan kaum musyrik yang sangat benci dengan agama Islam pun tetap memandang Baginda sebagai al-Amiin (yang boleh dipercayai), justeru Baginda menjadi tempat menyimpan barangan berharga kaum musyrik itu sendiri.

Bukan juga "dzawabaan" yang larut seperti larutnya garam dalam air. Beria-ria hidup bermasyarakat dan bersatu padu pada masa sama meninggalkan nilai-nilai syar'iah agama.

Yang dinamakan Syar'iah itu bermaksud suatu hal yang dibenarkan dan tidak bertentangan dengan undang-undang Allah SWT dan juga undang-undang negara. Undang-undang negara itu juga diwujudkan hasil dari apa yang diilhamkan oleh Allah pada pihak tertentu dalam sesebuah negara demi kebaikan, kebajikan dan keberlangsungan kehidupan bernegara.

Sumber : 

Diambil dari pelajaran Syeikh Ali Jum'ah Hafizahullah, selepas solat jumaat, 5 Mei 2017 tentang kehidupan bernegara seorang muslim. Pautan Asal




Hakcipta iluminasi.com (2017)