(Richard Huckle, penjenayah pedofil di Malaysia)

Pedofilia adalah gangguan psikiatri di mana seorang dewasa atau remaja yang lebih tua mengalami tarikan seksual primer atau eksklusif terhadap kanak-kanak pra-remaja.

Walaupun kanak-kanak perempuan biasanya mengalami proses akil baligh pada usia 10 atau 11 tahun, dan kanak-kanak lelaki pada usia 11 atau 12 tahun, kriteria untuk pedofilia juga tertakluk kepada remaja 13 tahun.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Untuk didiagnos sebagai pedofilia, seseorang itu mestilah berusia sekurang-kurangnya 16 tahun, dan sekurang-kurangnya 5 tahun lebih tua daripada kanak-kanak pra-remaja.

Masalah ini adalah antara yang paling membimbangkan dan berlaku sejak dahulu lagi. Sehingga kini masih belum ada cara efektif bagi membendung jenayah ini dan negara yang mengambil langkah tersendiri.

Antaranya adalah Kazakhstan yang melaksanakan hukuman yang dianggap kontroversi terhadap pesalah pedofil, iaitu pengasian secara kimia.

pengasian secara kimia terhadap pedofil

Pesalah seks dari wilayah Turkestan adalah yang pertama menerima pengasian secara kimia yang mana dilakukan di bawah pengawasan kementerian kesihatan Kazakhstan.

Pengasian kimia adalah satu suntikan tunggal Cyproterone, sejenis ubat anti-androgen steroid yang dikembangkan untuk melawan barah.

Ia tidak melibatkan pembuangan organ seksual seperti pengasian melalui pembedahan. Sebaliknya, ubat ini akan merendahkan dorongan seksual dan libido seorang pedofil sehingga mereka tidak melakukan jenayah seksual yang lain.

Kerajaan Kazakhstan meluluskan undang-undang yang menerapkan penggunaan pengasian kimia bagi bertujuan untuk mengelakkan pelaku seks melakukan kesalahan berulang.

Presiden Kazakhstan, Nursultan Nazarbayev memberikan peruntukan $ 37,000 RM154,000) mntuk membiayai 2,000 pengasian kimia.

presiden kazakhstan nursultan nazarbayev

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Kazakhstan menyaksikan peningkatan jenayah yang berkaitan dengan pedofilia iaitu jumlah pemerkosaan di bawah umur meningkat 2 kali ganda kepada 1,000 antara tahun 2010 dan 2014.

Walaupun pengasian ini dianggap oleh kerajaan sebagai hukuman yang adil atas jenayah itu, terdapat pelbagai organisasi hak asasi manusia yang bersuara menentang praktik tersebut.

Kumpulan tersebut berpendapat bahawa prosedur tersebut mungkin tidak memberikan kesan yang diinginkan.

Menurut Azirana, ketua Suruhanjaya Nasional Wanita, negara-negara yang melaksanakan pengasian secara kimia tidak melihat penurunan dari segi jenayah seks terhadap kanak-kanak. 

"Malah, ia juga satu prosedur yang sangat mahal dan kita perlu menggunakan serta melaburkan wang kita untuk menyokong dan menolong mangsa," kata Azirana.

Kebanyakan pengasian kimia adalah tidak kekan dan malah boleh kembali kepada keadaan asal.

indonesia laksanakan pengasian kimia terhadap pesalah seks kanak kanak

Hukuman penjara untuk jenayah seks kanak-kanak di Kazakhstan boleh mencapai hingga 20 tahun dan pedofil yang disabitkan yang menjalani pengasian kimia boleh menerima hukuman penjara yang lebih singkat kerana menjalani prosedur tersebut.

Kazakhstan bukanlah satu-satunya negara di dunia yang melaksanakan prosedur ini untuk menghukum pedofil yang disabitkan kesalahan. Antara negara-negara lain yang melaksanakannya adalah Poland, Indonesia dan Korea Selatan.

Indonesia memperkenalkan pengasian kimia pada tahun 2016 selepas selepas gelombang kemarahan nasional yang besar berlaku berikutan kes rogol dan pembunuhan seorang gadis berusia 14 tahun.

alan turing

(Alan Turing, saintis komputer Britain yang diberikan pengasian kimia)

Antara kes pengasian kimia paling popular adalah pada tahun 1952 apabila saintis komputer Britain iaitu Alan Turing disabitkan dengan "kelucahan melampau", selepas dia didapati melakukan hubungan seks dengan seorang lelaki.

Menurut BBC, di Britain, homoseksual adalah diharamkan sehingga tahun 1967 dan hukuman terhadap Alan Turing atas jenayah tersebut adalah pengasian secara kimia.

Hukuman kontroversi ini telah digunakan untuk berdekad-dekad dengan lebih banyak negara terlibat saban tahun.

Persoalannya, adakah hukuman seperti ini patut diberikan kepada pesalah pedofil?

Rujukan:

1. News

2. Interesting

3. Daily Mail




Hakcipta iluminasi.com (2017)