Indah khabar dari rupa?

Sebelum anda memasuki alam pekerjaan, sudah tentu ini soalan WAJIB yang anda akan tanya pada rakan-rakan anda di luar sana kan? Percayalah ada di antara mereka yang tidak jujur dengan anda. Mungkin anda akan rasa tertipu apabila sudah mula bekerja nanti. Tetapi jangan berasa risau dan takut, anggap sahaja ini satu cabaran besar untuk hidup anda. Nak berjaya mestilah kena kuat untuk hadapi semua cabaran ini kan? Orang yang bersabar akan dapat menikmati hidup ini dengan kemanisan, manakala bagi orang yang tidak mampu menahan kesabaran lagi, hidupnya akan penuh dengan kepahitan.

BESARKAN TEKS     A-  A+

 

 Mari lihat watak-watak yang mungkin ada pada bos anda :

Bos yang sentiasa mengarah

Watak ini selalunya wujud dalam diri bos anda yang sentiasa 'mengagungkan' pangkat. Sebagai seorang bos, sudah tentu beliau akan mengarah anda untuk melakukan sesuatu. Tetapi, masalahnya beliau akan memberi arahan dengan cara yang kurang senang bagi anda seperti menggunakan nada yang sinis dan seumpamanya. Hal ini akan menyebabkan ramai di antara anda yang 'tidak tahan' untuk bekerja dengan beliau lagi kerana beliau akan sentiasa menghantui anda tatkala anda sedang berehat di rumah. Anda juga mungkin akan mengalami tekanan yang tinggi jika tidak mampu mengawal lagi keadaan lebih-lebih lagi apabila diberi tugas yang bukan dalam bidang anda. Ini juga akan membuat keadaan menjadi kelam-kabut kerana anda mungkin tidak tahu untuk melakukan tugas itu.

image 481

Bos yang longlai

Jangan terkejut kerana watak ini juga ada dalam kalangan bos anda. Tetapi, hanya segelintir sahaja yang mempunyai watak tersebut disebabkan atas faktor-faktor seperti diberi kuasa yang tinggi tetapi tidak berminat untuk menjadi seorang bos. Selain itu, beliau juga lemah dalam mengurus sesuatu hal dan tidak mahu belajar untuk mengendalikan tugas dengan betul. Oleh sebab itu, beliau tidak dapat membuat keputusan dan sering bergantung terhadap keputusan pekerja beliau. Selalunya kalau anda mempunyai bos sebegini, ia akan menjadi sesuatu yang membebankan bagi anda kerana anda sendiri harus mengenal pasti dan selesaikan masalah tersebut. 

emprendedor inefectivo

Bos yang macam 'chipsmore'

'Kejap ada, kejap hilang' inilah watak seorang bos yang tidak memantau dan memimpin anda untuk melakukan sesuatu tugas kerana beliau kadang-kadang ada di pejabat dan kadang-kadang itu juga beliau selalu 'outstation'. Hal ini agak sukar untuk anda menghubungi beliau atas urusan kerja jikalau berlakunya kecemasan dan lebih-lebih lagi ia akan menyebabkan berlakunya hal salah faham antara anda dengan bos satu hari nanti. 

image 95

Bos yang ego 

Ego ini satu sikap biasa yang wujud dalam diri seseorang manusia. Tetapi, bagi bos yang mempunyai sikap ego ini, beliau lebih kepada mementingkan hal-hal kerja. Ini bermakna, hidup anda seperti robot yang akan mengadap kerja sahaja setiap hari termasuk pada hujung minggu anda. Beliau seorang yang jenis tidak akan mengambil peduli tentang cuti anda bersama keluarga dan lain-lain. Malahan, anda juga dikerah paksa membuat 'overtime' untuk menyiapkan kerja tersebut. Itu belum tentu anda boleh 'claim' kerana sesetengah syarikat tidak membayar 'overtime' anda. Walaupun beliau juga berkeluarga, tetapi tidak semua orang menghargai masa dengan keluarga. Mereka lebih mengutamakan kerja. Yang penting dapat memuaskan hati beliau dan 'client' serta memberi keuntungan syarikat.

image 775

Bos yang 'temperamental'

Bos yang mempunyai watak ini lebih kepada bermain dengan emosi sendiri seperti 'mood swings'. Agak sukar jika mempunyai bos sebegini kerana beliau selalunya akan 'meledak' tidak tentu pasal meskipun perkara itu betul. Beliau seorang yang tidak tahu mengawal emosi dan sentiasa melepaskan emosi marah kepada anda. Hal ini akan menyebabkan anda cepat berasa menyampah dan kurang rasa hormat terhadap mereka. Walaupun kadang-kadang rasa takut untuk menyuarakan pendapat, tetapi anda harus sentiasa bersedia untuk tutup telinga dan telan apa jua yang beliau cakap. Bagi mereka, apa yang mereka marahkan itu betul semuanya. Bersabarlah.

howtodealwithamoodyboss652x4004 1441190171

Bos yang 'perfect'

Bertuahlah anda jika anda mempunyai seorang bos yang sempurna di depan mata anda. Bagi anda, beliaulah penyelamat kehidupan anda. Ada sesetengah bos ambil peduli tentang pekerjanya sama ada cukup atau tidak gaji yang diberikan atau elaun lain. Bos seperti ini suka bekerja dengan anda dan menjadikan satu kumpulan yang sempurna. Beliau akan memimpin anda dan sentiasa memberi semangat kepada anda. Jadi, anda tidak perlu bimbang tentang hari-hari anda di pejabat kerana semuanya akan indah. Anda sudah merasakan kemanisan bekerja dengan beliau dan selalu rasa bersemangat untuk pergi ke pejabat setiap hari. Tetapi jarang sekali anda akan jumpa bos seperti ini. Mungkin hanya 1 dari 100 sahaja yang ada pada masa kini. 

image 91

Jadi, bagaimana? Sudah tahu watak mana yang ada pada bos anda? Mampu bertahan atau tidak? Fikir baik-baik sebelum membuat keputusan kerana zaman sekarang kadar pengangguran semakin meningkat dan banyak syarikat sudah memberhentikan pekerja mereka. Anda perlu tahu apa yang terbaik untuk diri anda demi masa depan yang cerah bersama keluarga. Walaupun bos anda bukan tergolong dalam 1 dalam 100 itu, tetapi mungkin beliau mempunyai watak yang lain sedikit seperti suka marah tetapi suka bersedekah. Tidak mustahil ada antara mereka yang berwatak begitu kan? Apa-apapun, jangan membuat keputusan terburu-buru melainkan anda sudah lama memikirkannya dan sudah tekad untuk berhenti kerja. Selamat berjuang dan berjaya demi masa depan !




Hakcipta iluminasi.com (2017)