Pasti ramai antara kita di luar sana yang hendak berkahwin setelah sekian lama berkenalan dan berusaha mengumpul duit bagi merealisasikan impian hendak bernikah.
Namun bukan semua pernikahan itu dibenarkan dalam Islam. Ada juga bentuk-bentuk pernikahan yang sebenarnya dilarang daripada kita meneruskannya, bagi melindungi diri kita.
Apakah bentuk perkahwinan itu?
BESARKAN TEKS A- A+
1. Nikah Syighar
Nikah syighar berlaku apabila berlaku satu pertukaran atau perjanjian lain, sebelum pernikahan itu boleh berlaku.
Sebagai contoh, lelaki A yang berjanji untuk menikahkan anaknya dengan lelaki B dengan syarat lelaki B perlu menikahkan anak perempuannya dengan lelaki A. Apabila berlaku perjanjian seperti itu, pernikahan tersebut adalah haram di sisi Islam.
2. Nikah Tahlil
Nikah tahlil ini adalah nikah yang selalu masyarakat kita gelarkan sebagai kahwin cina buta, di mana seorang lelaki lain berkahwin dengan seorang wanita yang sudah diceraikan talak tiga hanya atas permintaan bekas suami wanita tersebut. Pernikahan ini haram dan talak kepada wanita tersebut masih lagi berjalan.
3. Nikah Mut'ah
Nikah mut'ah amat popular di kalangan sesetengah masyarakat kita yang mengamalkannya, kerana pernikahan ini mempunyai kontrak seperti pernikahan selama 1 hari, satu minggu atau satu bulan.
4. Nikah semasa tempoh iddah wanita
Pernikahan semasa tempoh iddah adalah tidak dibenarkan kerana tempoh iddah adalah wajib dipatuhi bagi wanita yang diceraikan atau kematian suami.
5. Nikah dengan orang Kafir
Tidak dibenarkan sama sekali seorang lelaki atau wanita Muslim mengahwini seseorang individu yang bukan beragama Islam. Isu ini timbul kerana wujud beberapa negara yang membenarkan individu Islam di negara itu berkahwin dengan individu bukan Muslim. Walaupun secara undang-undang,pernikahan itu sah tetapi dari segi hukum, perkara itu bertentang dengan syariat.
6. Nikah dengan saudara ibu susu
Jika seseorang itu sudah pun disahkan berkongsi susu dengan seorang wanita, maka sebarang pernikahan di antara kedua-duanya adalah haram untuk diteruskan.
7. Nikah diantara dua individu yang mempunyai nasab
Nasab atau hubungan kekeluargaan membataskan pernikahan jika wujud. Rasanya kita sudah jelas tentang siapa nasab, namun perlu diingatkan yang yang serupa dengan info nombor 6 di atas, ibu susuan seorang lelaki adalah haram untuk dinikahinya.
8. Nikah diantara seorang individu dan gigolo/pelacur
Pernikahan di antara seorang individu dengan individu lain yang diketahui melakukan pekerjaan haram sebagai gigolo atau pelacur adalah haram kerana pernikahan itu membenarkan zina dan ditakuti tidak diketahui siapa ayah kepada anak yang lahir, jika si pelacur itu mengandung. Walaupun begitu, jika berlaku pernikahan antara seorang individu dengan bekas pelacur yang telah pun insaf dan berjanji untuk tidak melakukan perbuatan terkutuk itu lagi, pernikahan itu dibenarkan.
9. Nikah dengan lebih empat wanita
Poligami hanya membenarkan seorang lelaki Muslim mengahwini 4 orang wanita secara serentak. Jika lelaki tersebut ingin mengahwini seorang lagi isteri, dia perlu menceraikan salah satu isterinya. Ini berdasarkan kisah Ghailan bin Salamah yang mempunyai 10 isteri dan ingin kembali pada Islam dan Rasulullah memerintahkan dia memilih 4 orang isteri untuk diteruskan pernikahan mereka.