Oleh pada 08 Jun 2017 kategori

Tidak dinafikan bahawa terdapat ramai anak-anak yang menggunakan internet. Ada yang menyalahgunakan internet seperti melihat laman lucah, penipuan internet, pembuli internet, mendedahkan maklumat diri dan keluarga dan ada juga yang memberi butiran kad kredit ibubapa. Jadi daripada situ Google telah mewujudkan satu program baru iaitu permainan berasaskan web yang direka khas untuk mengajar asas-asas keselamatan internet kepada anak-anak.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Antara subjek yang ada di dalam progam ini adalah mengenai phishing, gangguan internet, penggidalam internetkata laluan, dan isu-isu keselamatan internet yang lain. Program ini panggil "Be Internet Awesome" dan ia termasuk sebagai salah satu kurikulum dan permainan video yang digunakan di dalam bilik yang dipanggil  Interland. Ia telah dibangunkan dengan bantuan daripada guru-guru, pereka video grafik, YouTube, organisasi keselamatan internet dan celik huruf dan juga sumber-sumber yang boleh didapati dalam talian secara percuma.

Dengan Interland yang di bangunkan oleh Google, ia akan mengajar anak-anak anda mengenai lima prinsip internet teras iaitu pintar menggunakan internet, amaran dalam internet, pengukuhan internet, jenis-jenis internet dan kekuatan internet.

google interland program

Terdapat empat jenis tapak di dalam program ini di mana setiap pemain muda akan menentang penipu, penggodam, pembuli, dan yang lebih menderita apabila mereka yang mendedahkan terlalu banyak maklumat tentang diri mereka dalam talian.

Dalam subjek "Kind Kingdom" sebagai contoh, pemain perlu mengumpul hati dan alat-alat untuk membantu mereka menyebarkan kebaikan kepada watak-watak  yang mereka bertemu ketika dalam permainan. Di samping itu juga mereka perlu menyekat dan melaporkan jika ada pembuli yang mereka temui di tengah jalan. 

Google dan rakan kongsi mereka juga mewujudkan sekumpulan sumber untuk guru-guru dan satu siri video untuk ibubapa yang dipanggil cabaran Be Internet Awesome. Ia direka untuk membuat anda bercakap mengenai keseronokan keselamatan dalam talian dan apa yang boleh diakses. 

Be Internet Awesome adalah projek yang terbaru dalam siri inisiatif oleh gergasi internet ini untuk menggalakkan penggunaan internet sebagai tempat yang selamat dan positif untuk semua orang. Pada bulan April 2017, YouTube melancarkan Internet Citizens iaitu beberapa siri bengkel bertujuan mendidik kanak-kanak berumur 13-18 di United Kingdom mengenai cara untuk memerangi isu-isu seperti berita palsu dan juga ucapan yang menyakitkan hati.

Anda boleh mencuba Google Interland di sini.




Hakcipta iluminasi.com (2017)