Oleh pada 02 Apr 2017 kategori

Kredit foto: Instagram Fasha Sandha

Sejak Fasha Sandha mengeluarkan kenyataan beliau kini sedang berkenalan rapat dengan seorang lelaki, ramai yang tertanya-tanya siapakah gerangan jejaka yang dimaksudkan. 

Bagaimanapun menerusi ruangan Cik Pang di Harian Metro baru-baru ini ada mendedahkan wajah lelaki tersebut dalam sekeping foto yang dimuat naik Fasha di laman Instagramnya. 

Foto tersebut dirakamkan ketika berlangsungnya majlis hari lahir Fasha baru-baru ini. 

inikah teman lelaki fasha sandha 2

Kredit foto: Harian Metro  

Ini kata Cik Pang: 

Sebelum ini pelakon popular Fasha Sandha ada memberitahu yang dia kini sedang berkawan rapat dengan seorang lelaki, tetapi identiti jejaka itu masih tidak pernah didedahkan. Bagaimanapun sewaktu sambutan ulang tahun hari lahir Fasha Selasa lalu, ada sumber menyampaikan pada teman Cik Pang yang lelaki dimaksudkan itu turut hadir. Ada sumber menunjukkan jejaka itu ada bergambar dengan Fasha dan turut dimuat naik ke dalam laman sosial Instagram miliknya. Bila Cik Pang menatap gambar itu, ternyata lelaki terbabit nampak segak. Orangnya bukan saja tampan, tetapi wajahnya juga sangat redup. Bak kata orang, sejuk mata memandang.

Sumber: Harian Metro 

Sejauh mana kebenarannya tidak pula kami ketahui. Namun jika benar inilah jejaka yang sedang menduduki hati Fasha, apa yang boleh kami katakan memang sepadan kerana sama-sama mempunyai rupa paras yang menarik. 

Kalau hati dah serasi, tunggu apa lagi? 




Hakcipta iluminasi.com (2017)