fasha sandha dan jejai akhirnya berdamai

Sumber foto asal: Instagram.com/fashasandha & Instagram.com/rizalashramrnt

Pelakon Fasha Sandha dan bekas suaminya, Jejai nekad berdamai dengan menyelesaikan dua kes mahkamah melibatkan mereka berdua secara baik di Mahkamah Tinggi Syariah pada Khamis lalu.

Pemilik nama sebenar Nur Fasha Sandha Hassan (33 tahun) itu juga menarik balik perintah injuksi yang difailkan terhadap Jejai untuk menghalangnya daripada melakukan sebarang gangguan pada Mac lalu.

Pelakon itu juga menarik balik kes berkaitan pemegang amanah sebuah kediaman di Ampang, Selangor dimana Jejai didakwa gagal melaksanakan perintah berkenaan dengan tidak menandatangani surat ikatan pemegang amanah seperti persetujuan kedua-dua belah pihak.

Sementara itu, Jejai atau nama sebenarnya, Rizal Ashram Ramli menarik balik kes komital tentang hak lawatan kedua-dua anak mereka serta beberapa kenyataan yang dibuat oleh Fasha berkenaan keluarga menerusi media sosial miliknya.

Mereka turut menemui kata sepakat bagi mengikuti segala perintah asal mahkamah yang dipersetujui selepas berpisah pada 20 Januari tahun lepas. 

Menerusi kenyataan media, mereka berdua memberitahu penyelesaian secara baik itu dilakukan demi masa depan kedua-dua anak mereka yang masih kecil.

Alhamdulillah, Tuhan telah berikan petunjuk dan hidayahNya, jalan-jalan kebaikan di antara kami, supaya dapat mencapai penyelesaian demi untuk masa depan anak-anak.


Kami amat bersyukur dengan anugerah ini.

Diajukan soalan akan adanya kemungkinan mereka bakal bersatu semula sebagai pasangan suami isteri, Jejai mahupun Fasha tidak mahu mengulas lanjut.

Pasangan itu dilihat hadir bersama-sama ke mahkamah pada jam 10 pagi dalam keadaan ceria.

Sumber berita: mStar Online


tags : , , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)