melahirkan anak

Ketika melahirkan anak, bayi akan bergerak melalui serviks dan keluar melalui faraj yang juga dikenali sebagai saluran kelahiran.

Pintu masuk faraj mestilah meregang secukupnya untuk membolehkan bayi keluar.

Kadang-kala, kulit antara faraj dan dubur (perinuem) mungkin terkoyak atau dipotong oleh doktor untuk membenarkan bayi keluar, dan prosedur ini dipanggil episiotomi.

ketika melahirkan anak

dr muhammad izzat

(Dr. Muhammad Izzat)

iluminasi.com ingin kongsikan tips untuk mengelakkan berlakunya koyakkan yang teruk ketika melahirkan anak, melalui penulisan Pegawai Perubatan Kesihatan wanita & kehamilan, Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak.

Penulisan ini ditulis oleh beliau di laman Facebooknya dan pihak iluminasi.com mendapat keizinan untuk mengulangsiar untuk manfaat semua.

1. Jangan panik

jangan panik ketika hendak melahirkan anak

Banyakkan membaca fakta dan ilmu yang betul mengenai kelahiran supaya bakal ibu lebih tenang dan tidak panik ketika proses kelahiran. Adalah lebih baik bertanya pada yang berilmu. 

2. Amalkan senaman "Kegel"

senaman kegel

Kemutkan otot pelvis / faraj seperti anda sedang menahan kencing, tahan selama 10 saat, lepaskan perlahan-lahan dan ulang 25 kali setiap satu sesi, lakukan 3 kali sehari sepanjang tempoh mengandung

3. Urut perineum

perineum

Urutan perineum pada hujung-hujung kehamilan berfaedah untuk menjadikan otot pada bahagian faraj lebih anjal dan mengurangkan risiko koyakan faraj yang teruk.

Otot pada perineum yang anjal akan lebih senang mengembang dan menguncup tanpa meninggalkan koyakan yang teruk. 

4. Meneran dengan cara yang betul

meneran melahirkan anak

Fokus ke arah perut dan anda meneran dari abdomen dan ke bawah, seperti meneran berak sembelit.

5. Jangan meneran awal jika belom tiba masanya

Meneran terlalu awal ketika kepala bayi masih lagi belum nampak pada vagina menyebabkan faraj membengkak dan mudah koyak.

6. Pastikan posisi yang betul ketika meneran

posisi lahirkan anak

Rapatkan dagu ke dada, anda berkeadaan sama seperti udang membengkok.

Pegang pergelangan kaki, dan jangan sesekali mengangkat punggung ataupun punggung terhuyung hayang ke kanan ke kiri.

Macam nk tangkap bola pulak gayanya misi nak sambut kelahiran bila punggung digerakkan ke sana ke mari.

7. Dengar arahan doktor dan jururawat

Apabila anda hendak diperiksa, bagi kerjasama. Bukannya terkepit-kepit sampai jari jururawat atau doktor tak boleh keluar. Banyakkan berzikir dan berselawat, bukannya meraung sepenuh jiwa dan raga.

Kesimpulan

Ya, memang saya tak pernah bersalin dan tak rasa sakit bersalin. Tapi pelbagai karenah manusia saya dah jumpa sepanjang masa saya bekerja mengendalikan kes-kes bersalin tak mengira kes berisiko rendah atau tinggi.

Benda sebegini perlu dimaklumkan supaya pesakit membuat persediaan fizikal dan mental.

Amacam dah bersedia? 


tags : , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)