Strok atau angin ahmar adalah masalah kesihatan yang diakibatkan oleh salur darah tersumbat dan bekalan darah ke sebahagian otak terganggu.

Terdapat dua jenis strok utama iaitu iskemia, kerana kekurangan aliran darah dan hemorrhagic iaitu akibat pendarahan. Kedua-dua ini mengakibatkan sebahagian daripada otak tidak berfungsi dengan betul.

Tanda-tanda strok mungkin termasuk ketidakupayaan untuk bergerak pada satu sisi badan, masalah pemahaman atau bercakap, berasakan dunia seperti berputar atau kehilangan penglihatan pada satu sisi.

BESARKAN TEKS     A-  A+

bagaimana strok boleh berlaku

Tanda dan gejala sering muncul sebaik selapas strok berlaku. Faktor risiko utama untuk strok adalah tekanan darah tinggi.

Faktor risiko lain termasuklah merokok, obesiti, kolesterol darah tinggi, diabetes mellitus, strok mini yang berlaku sebelumnya dan gangguan irama jantung (Atrial Fibrilasi).

Cara pencegahan merangkumi mengurangkan faktor risiko, dan mungkin juga pengambilan aspirin, statin, pembedahan untuk membuka arteri ke otak dan warfarin bagi mereka yang mempunyai angguan irama jantung.

Kenapa strok sering berlaku di bilik mandi?

kenapa strok dan sakit jantung selalu rebah dalam bilik air

Mengapa sesetengah orang mengalami serangan jantung atau strok (serangan otak) ketika sedang mandi? Adakah ia hanya kebetulan atau terdapat sesuatu dalam proses mandi yang boleh mencetuskan komplikasi yang serius ini?

Adakah terdapat urut urutan yang betul, seperti membasahkan kaki terlebih dahulu, diikuti oleh badan dan kemudiannya kepala? Adakah mandi air sejuk boleh mencetuskan strok atau serangan jantung?

Ini adalah soalan-soalan yang sangat menarik dan penting.

Membasahkan kepala dan rambut terlebih dahulu ketika mandi menyebabkan badan menyesuaikan suhunya terlalu cepat kerana kita berdarah panas.

cara mandi boleh sebabkan strok 2

Dengan melakukan urutan yang tidak betul ini, darah yang bergegas ke kepala mungkin menyebabkan kapilari atau arteri menjadi pecah, mencetuskan strok dan jatuh.

Cara yang betul untuk mandi adalah dengan membasahkan badan dari kaki sehingga ke bahu perlahan-lahan. Ikut prosedur ini dan kemudiannya mandi seperti biasa.

Kaedah ini sangat berguna terutamanya untuk orang yang mempunyai darah tinggi, kolesterol tinggi dan juga migrain, serta dikaitkan dengan irama circadian (kitaran 24 jam dalam proses fisiologi makhluk hidup).

Tekanan darah adalah tinggi pada waktu pagi dan kebanyakan orang mandi pada waktu pagi, yang mana menjelaskan hubungan kedua-duanya.

Kes yang bukan disebabkan cara mandi

cara mandi boleh sebabkan strok

Dan dalam banyak keadaan, masalah bukanlah dicetuskan oleh mandi tetapi meneran semasa membuang air besar yang sebenarnya boleh mencetuskan strok atau serangan jantung di bilik mandi.

Pesakit juga mengalami serangan jantung atau strok ketika membuang air besar dan bukannya ketika mandi.

Apabila seseorang itu meneran, sebagai contoh ketika mengalami sembelit, dia akan menahan nafas dan meneran secara berlebihan. Perkara ini dikenali sebagai pergerakan Valsalva.

Ini meningkatkan tekanan abdomen dan membantu memaksa najis keluar daripada badan.

Tetapi tindakan ini juga sangat memberikan tekanan kepada jantung dan sistem peredaran darah, kerana ia meningkatkan tekanan di dalam dada sehingga mengurangkan aliran darah ke jantung.

meneran ketika berak boleh cetuskan strok

Jantung kemudiannya mengepam dengan lebih perlahan dan jumlah darah yang dipam untuk menyuburkan otak semakin berkurangan. Akibatnya, sesetengah orang pengsan.

Lebih teruk, tindakan meneran secara tiba-tiba ini akan meningkatkan tekanan darah dan bagi mereka yang mempunyai tekanan darah yang tidak terkawal, hal ini mungkin menyebabkan beberapa arteri di otak pecah (pendarahan intrakerebral akibat peningkatan tekanan darah secara mendadak).

Penggunaan tandas duduk mencetuskan risiko tiga kali lebih tinggi berbanding tandas cangkung.

Tergelincir dalam tandas

kenapa strok kerap berlaku di bilik mandi 4

Sesetengah warga tua dan individu yang lemah juga sering tergelincir di bilik mandi. Apabila kepala mereka terhentak, mereka akan mengalami pendarahan dalam otak (pendarahan subdural).

Oleh itu, mereka mesti mengambil langkah berjaga-jaga seperti menggunakan bangku mandi dan tidak mandi secara berdiri.

Adalah juga dinasihatkan untuk memasangkan besi pemegang pada dinding tandas dan juga menggunakan tikar mandi untuk menutupi lantai yang licin. 

Suhu air

kenapa strok kerap berlaku di bilik mandi 1

Penyejukan boleh menyebabkan arteri mengecut dan menghalang aliran darah ke organ-organ penting seperti jantung dan otak.

Oleh itu, adalah yang terbaik untuk mengelakkan diri dari melakukan proses penyejukan badan.

Apabila anda ingin mandi tetapi teragak-agak untuk menggunakan air sejuk (jika tidak ada pemanas), buka pancur air tetapi elakkan diri daripada basah dalam beberapa saat pertama.

Ini memberikan masa untuk mengumpulkan keberanian yang mencukupi sama ada untuk terus mandi atau tidak.

Rujukan:

1. CHJR

2. Inquirer

3. Lipstiq




Hakcipta iluminasi.com (2017)