Oleh pada 24 Sep 2019 kategori

Pada tahun 2018, Amazon mengumumkan pelan mereka untuk meningkatkan gaji minimum syarikat itu daripada $7.25 (RM30) sejam kepada $15 (RM63) sejam.

Ketika itu, purata gaji tahunan pekerja Amazon adalah $28,466 bersamaan RM119,000.

Tetapi, kenaikan upah minimum Amazon atau purata gaji pekerja tahunan langsung tidak menghampiri pendapatan yang diterima oleh CEO syarikat ini iaitu Jeff Bezos, yang merupakan manusia terkaya di dunia pada ketika ini. 

BESARKAN TEKS     A-  A+

Pengiraan pendapatan tahunan Ketua Pegawai Eksekutif Amazon ini dilakukan dengan mencari perbezaan antara nilai kekayaan bersih pada 2017 dan 2018 (dikira pada bulan Oktober setiap tahun) seperti yang disediakan oleh senarai Forbes 400.

berapa pendapatan jeff bezos dalam sesaat

Tetapi, berapakah gaji Jeff Bezos jika kekayaan dibahagikan kepada bulanan atau setiap saat? Untuk tempoh setahun, Jeff memperoleh pendapatan kira-kira RM329 bilion.

Anggaran gaji Jeff ini digunakan untuk perbandingan dan sebahagian besar kekayaannya terikat kepada stok Amazon, yang mana nilainya boleh meningkat atau menurun pada suatu masa tertentu.

Jika dibahagikan, Jeff memperoleh pendapatan sekitar RM27.4 bilion sebulan, bersamaan dengan RM6.3 bilion sebulan dan RM900 juta setiap hari selama 12 bulan. 

amazon satu ketika dahulu

Bagi setiap jam, pendapatannya adalah sekitar RM37.5 juta yang mana kira-kira 315 kali ganda purata gaji tahunan pekerja Amazon.

Seorang pekerja Amazon yang memperoleh gaji minimum RM63 sejam harus bekerja kira-kira 597,412 jam atau 24 jam sehari selama 68 tahun, untuk menyamai gaji Jess untuk sejam.

Gaji sejam Jeff bersamaan dengan RM625,000 seminit.

Untuk memudahkan gambaran, pendapatan yang diperoleh Jeff dalam seminit adalah lebih daripada 3 kali ganda berbanding purata gaji tahunan rakyat Amerika yang mana sekitar RM191,000.

Dalam masa sesaat, Jeff memperoleh RM10,400, lebih daripada 2 kali ganda purata gaji rakyat Amerika dalam seminggu iaitu RM3,670. 

gudang amazon

Jadi, adalah tidak berbaloi bagi Jeff untuk mengutip wang kertas bernilai RM100 yang berada di atas lantai kerana pendapatan sesaatnya adalah jauh lebih tinggi.

Ketika ini, kekayaan Jeff adalah sekitar RM468 bilion, mendahului manusia kedua terkaya di dunia iaitu Bill Gates dengan nilai kekayaan RM442 bilion.

Kekayaan seperti ini sememangnya tidak dapat dibayangkan kita sebagai "orang biasa" dan hanya mampu bermimpi.

Jadi, untuk lebih mendapat gambaran betapa banyaknya RM468,000,000,000 ini, kita cuba bahagikannya kepada setiap hari.

Jika Jeff Bezos menulis cek bernilai RM1 juta setiap hari, dia harus melakukannya selama 1,282 tahun sebelum kehabisan wang. Jika beliau mendermakan RM50 kepada setiap manusia di Bumi, baki kekayaannya masih banyak iaitu RM118 bilion.

Dalam hal ini, masa adalah wang bagi Jeff Bezos.

Rujukan:

1. Money

2. Grunge

3. Business Insider




Hakcipta iluminasi.com (2017)