Produk kesihatan yang dikeluarkan oleh pengeluar-pengeluar di Malaysia semakin berleluasa.
Dan kebanyakan daripadanya mendakwa bahawa produk mereka yang berbentuk jus, teh dan kopi boleh menyembuhkan atau membaikkan sesuatu penyakit.
Ini membuatkan ramai pengguna terpedaya sekaligus mengambil produk-produk ini. Dan akhirnya, produk "kesihatan" ini bukan sahaja tidak menyembuhkan penyakit sebaliknya membuatkan mereka terlantar di hospital.
BESARKAN TEKS A- A+
Bagi membendung masalah produk membahayakan seperti ini semakin berleluasa, seorang pakar perubatan iaitu Dr. Rafidah Abdullah mengajak orang ramai untuk sama-sama membuat laporan terhadap produk-produk ini.
(Dr. Rafidah Abdullah)
Berikut adalah cara-cara untuk membuat laporan yang diberitahu oleh Dr. Rafidah melalui laman Facebook beliau dan iluminasi.com mendapat izin untuk mengulang siar bagi manfaat bersama.
Jom kita ramai-ramai buat lapuran jus/teh/kopi yang overclaim. Contoh overclaim: produk tersebut menyebut penyakit (contoh: anti-kanser, darah tinggi dll)
Ini caranya, saya letak langkah satu-persatu.
1. Lawat pautan SISPAA di sini.
2. Buat pendaftaran terlebih dahulu. Jangan bimbang, jurujual tak akan dapat maklumat anda.
3. Selesai mendaftar, masuk menggunakan ID pengguna dan kata laluan anda.
Klik pada Laman Utama. Kemudian, klik pada Maklum Balas Baru yang akan membawa anda ke laman untuk menulis laporan.
(Laman utama)
(Maklum balas baru)
(Laman menulis laporan)
4. Tulis butiran laporan yang anda kehendaki
Langkah-langkah menulis laporan
1. Pilih drop down pilihan Aduan
2. Tajuk: Teks bebas. Saya letak “minuman dengan tuntutan perubatan”. Tulis berkenaan laporan anda.
3. Dalam bahagian Butiran, saya tulis seperti berikut:
Berikut adalah link Instagram seorang yang mempromosikan produk sendiri dengan tuntutan perubatan - anti-kanser. Pautan adalah seperti berikut : Instagram (contoh saya punya)
Saya mohon tindakan segera dan tegas kerana
- Tidak mengikut akta ubåt & iklan 1956 dan akta pemakanan 1983. Mengambil tindakan ke atas iklan yang mempunyai tuntutan melampau dan memperdayakan masyarakat.
- Ambil tindakan dan memastikan produk tiada label anti-kanser lagi.
- Mohon mengeluarkan kenyataan akhbar yang menjelaskan isu ini dan tatacara supaya masyarakat tidak keliru.
- Website khas untuk masyarakat membuat “complain” bilamana identiti pengadu boleh dirahsiakan.
5. Pilih option Kementerian Kesihatan Malaysia
6. Pilih option bahagian dibawah Kementerian
7. Program Kualiti dan Kesihatan Makanan
8. Klik pada kotak kecil tanda setuju
9. Klik pada kotak captcha
10. Klik pada butang hantar
Boleh juga screenshot dan insert gambar kalau ada (masuk kan dalam maklumat tambahan kat bawah tu). Gambar di bawah adalah hasilnya!
Anda juga akan dapat maklumbalas melalui emel. Selamat mencuba semua! Saya sekarang boleh hantar pakai Phone je. Punya lah senang.
Tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia
Mari kita ramai-ramai hantar laporan ke Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia. Anda boleh memohon mereka membuat tindakan tegas secepat mungkin.
Tidak cukup dengan “menghantar laporan kepada Kementerian komunikasi” kerana akaun sosial media individu TIDAK boleh ditutup.
Sekurang-kurangnya perlu bina laman sesawang untuk tatapan umum tentang kesemua iklan dan produk yang telah melanggar akta untuk semakan masyarakat.