Tahukah anda, tahun 2018 menyaksikan kemunculan lelaki pertama dengan kekayaan melebihi USD100 bilion bersamaan dengan RM410 bilion? Individu tersebut tak lain dan tak bukan adalah Jeff Bezos, Ketua Pegawai Eksekutif dan presiden Amazon.com.

Kini, kekayaan beliau dianggarkan sebanyak USD165 bilion atau RM680 bilion. Bill Gates yang satu ketika dahulu merupakan manusia terkaya di dunia kini berada di kedudukan kedua dengan kekayaan sebanyak USD103.8 bilion atau RM427 bilion.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Dengan hanya memikirkan tentang betapa banyaknya wang ini sahaja sudah cukup untuk membuatkan anda pening kepala. Tapi, pastinya anda sendiri pernah berangan-angan untuk memiliki kekayaan seperti ini, kan?

duit paling banyak di dunia 915

Namun persoalan,sebenar adalah, apakah yang anda akan lakukan dengannya? Dan apa yang anda boleh lakukan dengannya?

Adakah anda akan melancong ke seluruh dunia? Beli mahligai idaman? Jet atau pulau peribadi?

Adakah anda akan jadikan dunia ini ke arah lebih baik? Dan adakah anda hidup cukup lama untuk membelanjakan wang sebanyak itu?

Jika anda fikirkan sejenak, mereka yang kaya sering dihakimi dengan cara mereka membelanjakannya. Sesetengah orang menghabiskan wang untuk membeli kereta lebih banyak berbanding kos pendidikan di universiti.

rumah paling mahal di amerika syarikat

Kemudian, kempen seperti "The Giving Pledge" dilancarkan yang melihat 175 orang terkaya di dunia berikrar untuk menyumbangkan kekayaan mereka untuk tujuan amal.

Setakat ini, ahli-ahli The Giving Pledge secara kolektif telah menjanjikan lebih daripada RM1.5 trilion. Namun bagi kebanyakan daripada kita, adalah sukar untuk mengukur atau membayangkan betapa banyakanya wang tersebut.

Jadi, untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas, iluminasi.com kongsikan beberapa perkara yang anda boleh beli dengan wang sebanyak USD100 bilion (RM410 bilion).

Jika anda sudah lama memikirkan tentang percutian idaman anda, kini anda boleh pergi ke mana sahaja yang anda mahu dan selama yang anda mahu.

boeing 747

(Pesawat Boeing 747)

Dan anda boleh melakukannya dengan penuh bergaya di mana dengan wang sebanyak itu, anda mampu membeli sekitar 250 buah pesawat Boeing 747.

Dengan kata lain, anda boleh menubuhkan syarikat penerbangan peribadi anda sendiri.

Tetapi, jika anda serius mempertimbangkan untuk menjadi seorang raja, anda mampu untuk membeli sebuah negara.

Dengan Costa Rica yang memperoleh KDNK sebanyak RM370 bilion, anda sebenarnya boleh memiliki negara ini.

Anda juga boleh memiliki 2 armada kecil dengan setiap satunya memiliki pengangkut pesawat sendiri, berharga RM205 bilion setiap satu. 

Dengan separuh daripada kekayaan anda ini, anda boleh membeli domain diraja terbesar di dunia iaitu Istana Versailles yang terletak Perancis, yang dilengkapi dengan 700 buah bilik, 600 keping lukisan, 400 ukiran dan 1,400 air pancut.

Baki selebihnya boleh digunakan untuk membeli Whitehouse yang dianggarkan bernilai RM1.6 bilion, Istana Buckingham dengan anggaran RM2 bilion, Istana Musim Sejuk St. Petersburg dengan RM26.5 bilion dan Istana Empayar di Tokyo dengan harga RM50.4 bilion.

antilia rumah paling mahal di dunia

(Antilia)

Jika ketika ini rumah paling mahal di dunia adalah Antilia milik Mukesh Ambani yang menelasn kos mencecah RM4.1 bilion, namun anda mampu untuk memiliki 100 buah Antilia.

Atau mungkin anda boleh beli muzium Louvre di Paris dan segala isinya dengan harga RM185 bilion.

Namun jika anda tak minat dengan bangunan dan seni, anda mungkin meminati sukan. Anda mampu membeli 10 pasukan bola sepak termahal di dunia iaitu :

  1. Real Madrid - RM14.88 bilion
  2. Manchester United - RM14.75 bilion
  3. Bayern Munich - RM12.45 bilion 
  4. Barcelona - RM12.35 bilion
  5. Manchester City - RM11.36 bilion
  6. Chelsea - RM10.28 bilion
  7. Liverpool - RM9.67 bilion
  8. Arsenal - RM9.27 bilion
  9. Tottenham - RM7.83 bilion
  10. Juventus - RM7.15 bilion

Jika anda meminati kereta sport, anda mampu untuk memiliki kereta termahal di dunia iaitu Bugatti La Voiture Noire, sebanyak 8,039 buah.

Jika anda meminati kereta tempatan paling popular iaitu Perodua Myvi, anda perlu mencari lokasi yang cukup untuk menyimpan sebanyak 6.83 juta unit, jika kilang Perodua mampu menghasilkan sebanyak ini.

bugatti la voiture noire

(Bugatti La Voiture Noire, kereta paling mahal di dunia)

Walaupun anda mampu berbelanja besar untuk memenuhi tuntutan nafsu anda, perlu anda ingat bahawa bagi sesetengah orang duit yang banyak bukan sahaja satu realiti tetapi tanggungjawab yang serius.

Dengan wang sebanyak RM410 bilion atau RM410,000,000,000, anda boleh membiayai 4.1 juta pelajar di universiti swasta dengan kos yuran pelajaran sebanyak RM100,000 setiap seorang.

Memandangkan kos untuk menyelamatkan Great Barrier Reef, terumbu karang di Australia, hanyalah sebanyak RM250 juta, bayangkan apa yang boleh dilakukan untuk mewujudkan kehidupan yang mapan dan melindungi alam sekitar.

Pasukan dari beberapa ahli ekonomi terhebat dunia mendakwa bahawa pelaburan tahunan sebanyak RM12 bilion dapat mengurangkan kekurangan nutrisi di dunia membangun sebanyak 36%, sekaligus menyelamatkan lebih dari 100 juta kanak-kanak dari kelaparan setiap tahun.

masalah kelaparan di afrika

Selain itu, tambahan RM8 bilion setiap tahun ke arah penyelidikan dan pembangunan pertanian bukan sahaja akan meningkatkan keselamatan makanan global, tetapi juga melindungi biodiversiti dan mencegah penebangan hutan.

Trend boleh menjadi lebih kos efektif jika terus dibiayai. Mungkin tak semua yang mampu melakukan hal sebegini jika memiliki kekayaan sebegitu banyak.

Namun, adalah menjadi satu kewajipan untuk tidak mementingkan diri sendiri dan gunakan wang tersebut ke arah yang lebih bermanfaat kerana wang mampu mengubah dunia, membantu orang keluar dari kemiskinan dan merangsang pertumbuhan, pendidikan, dan inovasi.

Jadi, jika anda memiliki kekayaan sebanyak USD100 bilion atau RM410 bilion, apa yang akan anda lakukan?

Rujukan:

1. Quora

2. Speed Journal

3. INS

4. BigThink

5. Jeff Bezos




Hakcipta iluminasi.com (2017)