Pastinya anda mengenali tokoh sejarah terkenal yang bernama Ibnu Khaldun yang meninggal dunia pada 17 Mac 1406. Melalui bukunya yang terkenal iaitu al-Muqaddimah, beliau telah menganalisis punca-punca kemusnahan Bani Umayyah dan juga Abbasiyah.
Ibnu Khaldun menyebutkan faktor pengganti khalifah Umayyah yang lebih cintakan duniawi dan melupakan perjuangan pendahulu mereka.
BESARKAN TEKS A- A+
Kemudian datang zaman Khalifah Abbasiyah yang berjaya menggulingkan Bani Umayyah dan mencapai kuasa di tahap kemuncak.
Pada mulanya mereka cuba untuk menggunakan kekuasan tersebut ke arah kebeanran, kemudian tiba di generasi cucu Harun ar-Rasyid memegang kuasa, segalanya telah berubah.
Kenapa Khalifah Islam Boleh Jatuh?
Menurut Ibn Khaldun, di antara mereka, ada orang-orang soleh dan orang jahat bersama-sama, sehingga kuasa menjadi alat untuk bermegah-megah dan para khalifah Abbasiyah terbenam dalam kenikmatan duniawi.
Mereka melanggar nilai-nilai agama secara terbuka sehingga Allah S.W.T menghapuskan kuasa dari orang-orang Arab secara mutlak dan kemudiannya membenarkan negara-negara lain untuk merampas kuasa mereka.
Ibnu Khaldun yang wafat di era Dinasti Mamluk menegaskan bahawa Allah S.W.T tidak pernah berbuat kezaliman sedikit pun kepada para hambaNya.
Beliau seolah-olah hendak menegaskan bahawa kehancuran Khilafah Umayyah dan Abbasiyah adalah berpuncah daripada kesilapan mereka sendiri.
Beliau juga menggariskan bahawa bagi mereka yang ingin memelihara sejarah khalifah, mereka akan mengetahui kebenaran perkara ini.
Ibnu Khaldun kemudiannya memetik al-Masudi, sejarawan Arab klasik yang meninggal pada tahun 956, yang memberitahu perkara yang sama tentang tingkah laku Bani Umayyah, ketika Abu Ja'far al-Manshur iaitu khalifah Abbasiyah kedua, bertemu bapa saudaranya.
Inilah Punca Kejatuhan Khalifah Islam
Mereka mencari maklumat mengenai Bani Umayyah. Lalu Abu Ja'far menjawab:
"Khalifah Abdul Malik itu penguasa yang autoritarian dan tidak peduli dengan apa yang dia lakukan. Khalifah Sulaiman hanya memikirkan kandungan perut dan alat kelaminnya. Ketika Khalifah Umar bin Abdul Azis adalah seperti orang buta dalam kawanan orang yang buta kedua belah mata. Orang yang menjadi pemimpin tersebut adalah Khalifah Hisham. "
Ibn Khaldun terus menyebut Abu Ja'afar yang memberitahu lebih jauh bahawa pada mulanya Bani Umayyah menjalankan tanggungjawab mereka, kemudian mereka memuaskan nafsu dan derhaka terhadap Allah S.W.T.
Oleh kerana kecuaian ini, Allah telah memakaikan baju kehinaan kepada mereka.
Kemudian Abu Ja'far memanggil Abdullah bin Marwan yang menceritakan pertemuannya dengan Raja Nubia (kawasan ini antara Mesir dan Sudan) ketika dia melarikan diri dari dikejar oleh Khalifah As-Saffah (Khalifah Abbasiyah pertama).
Diceritakan bahawa dialog antara Raja Nubia dan Abdullah bin Marwan adalah seperti berikut:
Raja Nubia: “Mengapa anda minum minuman keras yang dilarang dalam kitab suci anda?”
Abdullah bin Marwan: “Hamba dan pengawal kami yang melakukannya.”
Raja Nubia: “Mengapa kamu merosakkan tanaman dan haiwan ternakan, bukankah itu perbuatan yang diharamkan?”
Abdullah bin Marwan: “Hamba dan pengikut kami yang berbuat sedemikian kerana kebodohan mereka”
Raja Nubia bertanya lagi: “Mengapa kamu memakai sutera dan emas padahal itu diharamkan ke atas kamu?”
Abdullah bin Marwan: “Kekuasaan kami dihancurkan bangsa bukan-Arab (Parsi). Mereka masuk agama kami dan mereka memakai sutera dan emas, padahal kami membencinya.”
Mendengar semua jawapan ini dari Abdullah bin Marwan, Raja Nubia berkata:
"Hamba kami, pengawal kami, pengikut kami, bangsa bukan Arab! Realitinya bukan seperti apa yang kamu katakan. Kamulah yang membenarkan apa yang dilarang. Kamu melakukan perbuatan terlarang dan menyalahgunakan kuasa sehingga Tuhan menimpakan bencana kepada kamu (Bani Umayyah).".
Raja Nubia terus marah dengan berakta: "Saya bimbang jika Tuhanmu mengenakan hukuman terhadap kamu sekarang ketika kamu berada di negara aku, maka aku juga akan akan ditimpa bencana dengan kamu. Tinggallah selama 3 hari sahaja, dan kemudiannya keluar dari negara aku!".
Ibnu Khaldun kemudian memberikan komen yang menarik mengenai kisah di atas: "Sudah jelas kepada kamu sekarang bagaimana khalifah berubah menjadi kuasa duniawi semata-mata."
Dari penjelasan Ibnu Khaldun ini, maka berhentilah menyalahkan orang lain. Sudah tiba masanya kita jujur dengan kenyataan dan fakta masa lampau.
Sekiranya generasi yang terbaik pada masa lalu pun tidak dapat menanggung godaan duniawi dan nafsu terhadap kuasa, apatah kita pada hari ini?
Tidakkah kita bimbang dihumban ke dalam lubang kehinaan sekali lagi?
Wallahualam.
Teks asal dari kitab al-Muqaddimah karya Ibnu Khaldun:
فكان ذلك مما دعا الناس إلى أن نعوا عليهم أفعالهم وأدالوا بالدعوة العباسية منهم. وولي رجالها الأمر فكانوا من العدالة بمكان، وصرفوا الملك في وجوه الحق ومذاهبه ما استطاعوا، حتى جاء بنو الرشيد من بعده فكان منهم الصالح والطالح. ثم أفضى الأمر إلى بنيهم فأعطوا الملك والترف حقه، وانغمسوا في الدنيا وباطلها، ونبذوا الدين وراءهم ظهرياً، فتأذن الله بحربهم، وانتزاع الأمر من أيدي العرب جملة، وأمكن سواهم منه. والله لا يظلم مثقال ذرة.
ومن تأمل سير هؤلاء الخلفاء والملوك واختلافهم في تحري الحق من الباطل علم صحة ما قلناه. وقد حكى المسعودي مثله في أحوال بني أمية عن أبي جعفر المنصور، وقد حضر عمومته وذكروا بني أمية فقال: ” أما عبد الملك فكان جباراً لا يبالي بما صنع، وأما سليمان فكان همه بطنه وفرجه، وأما عمر فكان أعور بين عميان، وكان رجل القوم هشام ” . قال: ولم يزل بنو أمية ضابطين لما مهد لهم من السلطان يحوطونة ويصونون ما وهب الله لهم منه، مع تسنمهم معالي الأمور، ورفضهم دنياتها، حتى أفضى الأمر إلى أبنائهم المترفين، فكانت همتهم قصد الشهوات، وركوب اللذات من معاصي الله جهلاً باستدراجه وأمناً لمكره، مع اطراحهم صيانة الخلافة، واستخفافهم بحق الرياسة وضعفهم عن السياسة، فسلبهم الله العز وألبسهم الذل، ونفى عنهم النعمة ” . ثم استحضر عبد الله بن مروان فقص عليه خبره مع ملك النوبة لما دخل أرضهم فاراً أيام السفاح، قال: ” أقمت ملياً ثم أتاني ملكهم فقعد على الأرض وقد بسطت له فرش ذات قيمة، فقلت له ما منعك من القعود على ثيابنا؟ فقال: إني ملك! وحق لكل ملك أن يتواضع لعظمة الله إذ رفعه الله. ثم قال: لم تشربون الخمر وهي محرمة عليكم في كتابكم؟ فقلت: اجترأ على ذلك عبيدنا وأتباعنا بجهلهم! قال: فلم تطؤون الزرع بدوابكم والفساد محرم عليكم، قلت: فعل ذلك عبيدنا وأتباعنا بجهلهم! قال: فلم تلبسون الديباج والذهب والحرير وهو محرم عليكم في كتابكم؟ قلت: ذهب منا الملك وانتصرنا بقوم من العجم دخلوا في ديننا فلبسوا ذلك على الكره منا. فأطرق ينكت بيده في الأرض ويقول: عبيدنا وأتباعنا وأعاجم دخلوا في ديننا ثم رفع رأسه إلي وقال: ” ليس كما ذكرت! بل أنتم قوم استحللتم ما حرم الله عليكم، وأتيتم ما عنه نهيتم، وظلمتم فيما ملكتم، فسلبكم الله العز وألبسكم الذل بذنوبكم. ولله نقمة لم تبلغ غايتها فيكم. وأنا خائف أن يحل بكم العذاب وأنتم ببلدي فينالني معكم. وإنما الضيافة ثلاث. فتزود ما احتجت إليه وارتحل عن أرضي. فتعجب المنصور وأطرق.
فقد تبين لك كيف انقلبت الخلافة إلى الملك، وأن الأمر كان في أوله خلافة، ووازع كل أحد فيها من نفسه وهو الدين، وكانوا يؤثرونه على أمور دنياهم وإن أفضت إلى هلاكهم وحدهم دون الكافة.
Rujukan:
1. Enotes
2. Khan Academy
3. Islami