air bersih

Jika anda tidak tahu, 22 Mac setiap tahun diisyatiharkan sebagai Hari Air Sedunia (World Water Day). Walaupun air merupakan satu keperluan harian, percaya atau tidak kira-kira 650 juta manusia, iaitu lebih kurang 10% manusia tidak mempunyai akses kepada air bersih.

Hal ini mendedahkan mereka kepada risiko penyakit berjangkit dan juga kematian pra-matang bagi bayi.

Hari Air Sedunia ini telah diisytiharkan oleh pihak United Nation (UN) untuk memberi kesedaran kepada kita supaya menghargai air dan tidak membazir air dalam kehidupan seharian.

air kering

Mengikut anggaran UN, sumber air yang tidak bersih boleh menyebabkan penyakit bahaya kepada kanak-kanak, membunuh 900 juta kanak-kanak bawah umur 5 tahun atau anggaran seorang kanak-kanak setiap 2 minit.

Tema Hari Air Sedunia 2017 adalah "Mengapa Membazir Air?" (Why Waste Water?) Majoriti air sisa daripada rumah dan industri telah dilepaskan ke alam sekitar tanpa dirawat dengan sepatutnya dan telah mencemarkan alam sekitar.

Sempena Hari Sedunia ini juga, berikut adalah gambar-gambar dari seluruh dunia bagaimana sukarnya penduduk di sesetengah kawasan mendapatkan air bersih untuk kegunaan seharian. Diharapkan ianya dapat memberikan sedikit keinsafan dan membuat kita lebih bersyukur dengan nikmat air bersih yang kita perolehi.

air tidak bersih 281

ambil air

dahaga

kemarau

mandi

pencemaran air

perigi

sampah sarap


tags : , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)