Oleh pada 26 Feb 2018 kategori

giliran arash mohd sound aliff syukri 1

Kredit foto: suara.tv

Filem Badang lakonan usahawan selebriti, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman masih hangat diperkatakan ramai.

Bukan sahaja kualiti filem yang dipertikaikan, malah Aliff selaku teraju utama turut menjadi mangsa sasaran kecaman netizen, termasuk para selebriti.

Terkini, aktor Arash Mohd mengemaskini status Facebook menerusi sebuah kenyataan yang dipercayai ditujukan kepada Aliff.

Komen yang dilontarkan Arash itu memperkatakan tentang seorang pelakon yang merungut hasil kerjanya tidak dihargai penonton, di mana dilihat mempunyai kaitan dengan video yang dimuat naik Aliff baru-baru ini.

giliran arash mohd sound aliff syukri 2

Kredit foto: terbakor.com

"Macam inilah pada yang berkenaan tu. Kalau kau cakap yang kau penat berlakon filem pertama kau, aku rasa aku lagi penat sebab dah terlibat dalam bidang ni dah 26 tahun.

"Tapi aku tak pernah jemu sebab ini pun rezeki yang Allah dah janjikan untuk aku.

"Kalau kau stress bangun pagi sebab tak boleh terima kritikan masyarakat terhadap mutu lakonan kau tu, bermakna kau belum cukup kental untuk berada dalam dunia seni ini.

"Kalau kau rasa filem kau tu lebih bagus daripada filem-filem lain termasuk juga daripada Hollywood, sila berdiri di depan cermin," tulisnya.

Arash turut mengkritik kualiti penghasilan filem berkenaan, di samping mengutuk sikap tidak profesional aktor itu seolah-olah tidak ikhlas menjalankan tanggungjawabnya sebagai pelakon.

"Sikap kau ni dah merosakkan bidang kerja kami. Jangan jadikan kemewahan yang kau ada untuk memperbodohkan masyarakat.

"Kami lebih tahu menilai sebab kami dalam bidang ini. Nak masuk bidang seni kena kuat mental, fizikal (jangan lembik) dan hati kena jujur.

"Jangan disebabkan kualiti filem macam ni, kita akan kehilangan penonton pada masa akan datang. Bukan cemburu tapi kesal dengan sikap kau tu," ujarnya.

Pelakon senior itu juga mahu beliau lebih menghormati mereka yang sudah berkecimpung lama dalam dunia seni, serta menghentikan niat untuk menjadikan bidang lakonan sebagai ruang meraih publisiti bisnes.

"Lagi satu ya dik, jangan jadikan bidang ini semata mata untuk melariskan perniagaan kau. Kau memang dah terlajak laris ok," katanya.

Sumber berita: Sinar Harian


tags : , , , , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)