Setiap kali membaca berita, kita pasti akan dapat melihat maklumat baru mengenai manfaat positif ganja dan dalam masa yang sama,  lebih banyak alasan mengapa kokain sangat buruk untuk manusia.

Kajian baru-baru ini melaporkan penggunaan kokain mampu menyebabkan pelbagai bahaya daripada kerosakan tisu di mata anda hinggalah kepada terjejasnya keupayaan untuk melihat.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Jadi mengapa hal ini berlaku? Adakah ia disebabkan oleh salah satunya adalah lebih "organik"?

Sudah tentu tidak.

Ini kerana kedua-dua kokain dan marijuana berasal daripada tumbuh-tumbuhan, jadi kedua-duanya boleh dikategorikan sebagai "produk semulajadi", kan?

Tetapi kokain dan marijuana mengaktifkan sistem yang berbeza dalam otak kita. Kokain sangat popular kerana ia benar-benar hebat dalam mengaktifkan "pusat keseronokan" otak kita.

bahaya kokain dan ganja

Apabila neuron kita dihantar "berenang" dalam dopamin, ia membuatkan kita berasa sangat seronok. Untuk tempoh setengah jam atau sejam di mana dadah ini aktif dalam sistem, kita akan berasa gembira, berjaga-jaga, bahagia, dan kebal.

Semua perasaan ini sangat baik, kecuali apabila ia menyebabkan kita bertindak secara tidak sengaja, membuat pilihan yang merosakkan diri dan dos yang tinggi akan menyebabkan bahaya ketagihan.

Penggunaan kokain adalah sangat berbahaya bukan sahaja kerana dadah ini sangat ketagihan, tetapi kerana ia adalah perangsang yang kuat yang mempunyai kesan ke atas badan kita dan juga otak kita (seperti methamphetamine).

Penggunaan kokain boleh mengakibatkan ketidakupayaan untuk mengawal suhu badan dan pada dos yang betul, ia mengganggu fungsi jantung yang membawa kepada tekanan darah tinggi, jantung berdegup kencang dan kematian.

Cocaine juga telah digunakan dalam konteks perubatan. Ia digunakan secara beransur-ansur sebagai ejen kebas dalam pembedahan hidung dan mulut, tetapi penggunaan itu tidak dianggap sebagai terapeutik dan potensi serta kualiti ketagihan.

adakah kokain lebih bahaya daripada ganja

Malah, statusnya sebagai bahan terkawal menjadikannya ia sebagai ubat bius yang tidak digemari. 

Sebaliknya, banyak penyelidikan telah dilakukan mendedahkan manfaat kesihatan positif ganja.

Tetapi mungkin ciri yang paling menarik pada tumbuhan kontroversial ini adalah sifatnya yang merupakan anti-kanser payudara.

Terdapat banyak perbincangan mengenai "penggunaan terkawal" ganja kerana terdapat laporan bahawa ia membantu pesakit yang mengalami sakit ketika menjalani kemoterapi dan rasa mual, serta meningkatkan selera makan mereka.

Tetapi kajian yang diterbitkan secara diam-diam mula menunjukkan bahawa sebatian yang terdapat dalam ganja boleh menghalang pertumbuhan sel-sel kanser payudara secara langsung, yang merupakan hasil yang menarik untuk dunia perubatan.

Walaupun penggunaannya dibenarkan di beberapa buah negara di dunia. namun ganja masih disenaraikan sebagai bahan terkawal oleh kerajaan Amerika Syarikat, yang membuatkan penyelidikan mengenai dadah ini sangat mencabar di AS.

adakah ganja lebih selamat berbanding kokain 25

Berdasarkan kajian dan bukti yang ada ketika ini, adalah selamat untuk mengatakan bahawa ganja jauh meninggalkan kokain dari segi manfaat kesihatan.

Namun, harus diingat bahawa penggunaan istilah "sihat" dalam konteks ini adalah sangat relatif! Juga bukan untuk anda layan kepala melayang sambil post status di Facebook dengan hashtag #hembosss.

Ianya bukan hanya komposisi sesuatu dadah itu sahaja yang penting, namun cara ia digunakan dan kesannya kepada alam sekitar juga sangat penting.

Walau apa pun, kami di iluminasi tidak menggalakkan penggunaan mana-mana dadah ini walaupun hakikat ia dapat memberikan kesan positif.

Rujukan:

1. Recovery village

2. Very Well

3. Quora




Hakcipta iluminasi.com (2017)