Oleh pada 24 Mar 2018 kategori

elfira loy menangis lagi kali ini kerana ibunya 1

Kredit foto: Instagram Elfira Loy

Aktres Elfira Loy gagal menahan sebak mengenangkan pengorbanan ibunya, Filzah Yusuff yang rela dikecam masyarakat demi mempertahankan maruahnya.

Elfira akui kagum dengan apa yang dilakukan wanita berusia itu, serta percaya dengan perancangan yang diaturkannya mempunyai sebab tersendiri.

elfira loy menangis lagi kali ini kerana ibunya 2

Kredit foto: Instagram Elfira Loy

"Selepas apa yang berlaku, emak sanggup ambil segala tuduhan ini kerana tak nak orang kutuk saya atau salahkan saya.

"Dia cakap tidak apa kalau orang benci mama, cakap buruk fasal mama, janji orang tahu saya bukan macam itu dan saya wanita yang kuat.

"Saya kasihan bila orang cakap macam itu dekat mak saya sebab saya tak pernah cakap (ayat buruk) macam itu dekat mak orang lain, tapi saya tahu dia buat ini semua supaya orang tahu saya tak salah kerana saya dah buat yang terbaik," katanya menurut portal Mstar Online

Elfira membuat ulasan dalam video siaran langsung di laman Instagram adiknya, @ezlisaaloy, semalam.

Dalam siaran sama, bekas tunang penyanyi Sufian Suhaimi ini melancarkan program bual bicara baharu, The El Live Show yang akan ke udara secara langsung di akaun Instagram peribadinya setiap bulan.

Dalam pada itu, Elfira berkata, ibunya itu adalah inspirasi buatnya dalam mengharungi ujian getir hidup.

Elfira menyifatkan Filzah seorang wanita yang bekerja keras, selain sering memberikan keutamaan kepada anak-anak.

elfira loy menangis lagi kali ini kerana ibunya 3

Kredit foto: Beautifulnara

"Saya kuat dan terus berada di sini kerana emak saya, dia wanita yang sangat kuat dan sebab dia saya nak terus berlakon dan buat saya nak kerja keras.

"Dia sumber inspirasi saya kerana dia tak pernah berhenti bekerja dan sentiasa fikir fasal anak-anak dan bukan sebab diri sendiri," ujarnya.

Di kesempatan sama, beliau merakamkan ucapan penghargaan kepada para peminat yang tidak jemu-jemu memberikan sokongan tidak berbelah bahagi ketika dirinya diuji dengan liku-liku hidup sebagai anak seni.

Katanya, sungguhpun peminat tidak mengetahui isu sebenar yang dilalui tetapi mereka masih berdiri di belakang memberikan kata-kata semangat.

"Terima kasih kepada semua peminat yang sentiasa sokong dan selalu berada dan memahami saya. Saya tahu anda tak tahu cerita sebenar tapi terus bagi kata-kata semangat.

"Saya baca semua mesej peribadi dan ucapan itu buatkan saya bersemangat, mungkin ada yang rasa benda itu simple tapi ia membuatkan saya jadi lebih kuat setiap saat," katanya.

Pertunangan Elfira dan Sufian menemui titik penghujung apabila keluarga pihak perempuan memulangkan cincin pertunangan di rumah keluarga Sufian di Muar, Johor pada 18 Februari lalu.

Mereka terlebih dahulu bertunang pada 6 Oktober tahun lalu dan mengikut perancangan asal sepatutnya bernikah pada bulan ini.


tags : , , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)