Kredit foto: tv14.my

Pelakon Elfira Loy pernah menafikan spekulasi mengatakan dirinya dan penyanyi Sufian Suhaimi sedang hangat bercinta serta menyifatkan hubungan mereka sekadar kawan biasa. 

Namun, Sufian menjelaskan yang Elfira merupakan gadis yang dia paling rapat buat waktu ini dan beranggapan dakwaan yang mengatakan mereka pasangan kekasih membuatkan mereka lebih akrab sebagai sahabat.

Elfira adalah pendengar yang baik. Pengalaman dalam industri seni banyak membantu saya menyusun langkah. Elfira banyak memberikan tunjuk ajar mengenai apa yang perlu dilakukan atau sebaliknya.


Dia juga tempat saya meluahkan perasaan dan masalah. Keluarga saya dan Elfira tahu mengenai persahabatan kami. Hubungan saya dengan ibunya juga baik.


Tetapi rasanya terlalu awal untuk berbicara lebih jauh mengenai hubungan kami. Saya tidak melihat keakraban kami sebagai sesuatu yang serius.


Lagipun kami tidak berbuat apa-apa salah. Memang gosip ada baik dan buruknya, jadi kami perlu matang untuk menjadikannya positif.

Menjadikan gosip sebagai suatu perkara biasa yang perlu ditempuh seorang yang bergelar selebriti, Sufian enggan bercakap soal percintaan kerana lebih selesa jika ianya hadir dengan sendiri.

sufian suhaimi anggap elfira loy tempat luah perasaan 1

Sumber: BH Plus & myartis.com




Hakcipta iluminasi.com (2017)