Oleh pada 28 Dec 2017 kategori

diana danielle naik hantu di instagram

Kredit foto: Astro Gempak

Aktres Diana Danielle 'naik hantu' apabila ada netizen yang mendakwa kononnya dia mengabaikan keselamatan anak-anak.

Ia susulan beberapa keping swafoto yang dimuat naiknya di laman Instagram memperlihatkan dirinya bersama dua anak, Muhammad dan Aurora serta suami, Datuk Farid Kamil berada dalam kereta.

Dalam foto itu, Diana meletakkan Aurora di pangkuan tanpa mengenakan tali pinggang keselamatan.

"Anak-anak yang comel! Tapi jangan letak mereka di bahagian tempat duduk hadapan kerana anak kecil perlu diletakkan dalam kerusi bayi! Kalau kemalangan? Tiada lagi anak comel!" kritik salah seorang pengikutnya.

Pelakon filem Idola itu lantas bersuara lantang mempertahankan dirinya.

"Kereta kami tak bergerak pun, bodoh," komen balas Diana.

Tidak terhenti di situ, pergaduhan itu berlarutan sehinggga netizen memanggil Diana dengan gelaran 'bitch'.

Diana bagaimanapun menjelaskan, ada kerusi bayi yang terletak di bahagian belakang kereta tetapi tidak terlihat dalam gambar.

"Anda nampak keseluruhan kereta? Kami ada letakkan kerusi bayi di belakang tempat duduk saya," dedahnya.

diana danielle mengamuk di instagram 2

Kredit foto: Astro Gempak

Para pengikut Diana yang lain turut masuk campur dalam 'perang besar' itu dan rata-ratanya tidak menyebelahi mana-mana pihak.

Mengakhiri situasi panas itu, Diana berkongsi kiriman baru yang seolah ditujukan kepada mereka yang mengecamnya.

Sumber berita: Astro Gempak 

tags : , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)